Pahang Vs Jdt

JDT vs Pahang: 4 faktor masih dianggap perlawanan yang besar

Malam ini kita akan menerima kunjungan pasukan Pahang untuk perlawanan Liga Super 2017. Pertembungan kedua-dua pasukan ini mula menjadi hangat selepas penjenamaan semula JDT pada tahun 2013. Kami berikan 4 faktor masih dianggap perlawanan yang besar dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh penyokong JDT.

1- Kalah pada pembukaan musim 2013

Pada tahun 2013, TMJ melakukan transformasi dan penjenamaan semula pasukan bola sepak di negeri Johor. Johor FC dijenamakan menjadi JDT FC. Pada perlawanan pertama musim tersebut, JDT bertemu dengan Pahang di stadium Darul Makmur.

JDT pada waktu itu menghimpunkan ramai pemain kebangsaan dan import berprofil tinggi iaitu Daniel Guiza yang pernah menjuarai EURO 2008 bersama Sepanyol. Pada perlawanan tersebut, JDT dijangka menang selepas mendahului 0-2 pada separuh masa pertama.

[AdSense-B]

Namun, pada masa kedua, dengan kemasukan Fauzi Roslan, Pahang Berjaya menyamakan kedudukan dan akhirnya R. Surendran menjaringkan gol kemenangan buat Pahang. Ia memberikan satu tamparan hebat buat penyokong JDT dan bermulalah aksi hangat antara pasukan ini.

Baca juga: Transformasi JDT bermula dengan kekalahan

2- Penghalang di Piala FA dan Malaysia

Kedua-dua pasukan ini banyak kali bertemu dalam pertandingan Piala FA dan Malaysia dan Pahang berjaya menyingkirkan JDT dalam pertandingan ini.

Yang paling penyokong JDT ingati adalah kekalahan di final Piala Malaysia 2014. Pada perlawanan tersebut, JDT berjaya mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Penyokong semakin yakin akan kemenangan setelah Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke-66.

Namun, 4 minit selepas itu, orang besi Pahang berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dan perlawanan dibawa ke masa tambahan. Walaupun Pahang bermain dengan 10 orang, JDT masih tidak mampu menjaringkan gol sepanjang 30 minit masa tambahan. Akhirnya keputusan sepakan penalti berpihak kepada Pahang dengan keputusan 3-5.

[AdSense-B]

Pahang juga berjaya menyingkirkan JDT pada saingan Piala FA 2015 yang baru sahaja sampai ke pusingan kedua. Cara penyingkiran juga sama iaitu melalui sepakan penalti cuma bezanya Pahang dapat mengekalkan 11 pemainnya sepanjang tempah 120 minit permainan.

3- Pertembungan antara penyokong

Tahun 2013 menyaksikan bermulanya insiden yang tidak diingini diantara kedua-dua penyokong ini. Semuanya bermula apabila perlawananan kedua separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur disebabkan oleh limpahan penyokong sehingga masuk ke dalam trek larian.

Pihak pengurusan JDT memutuskan tidak akan bermain dan terus pulang ke Johor atas faktor keselamatan dan ia melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh FIFA seperti yang TMJ ceritakan baru-baru ini.

[AdSense-B]

Maka bermulalah kekecohan di Darul Makmur sehingga menyebabkan kecederaan. Percakaran ini terus berlaku pada setiap pertembungan pasukan ini, tetapi suasana menjadi tenang pada perlawanan musim lepas. Kami juga berharap agar ia akan terus tenang selamanya.

4- Pahang kembali bangkit

pahang vs jdt mora

Pada musim 2016, Pahang tidak mampu memberikan cabaran langsung kepada JDT. Hasilnya, JDT menang besar dalam kedua-dua perlawanan liga super dengan keputusan 3-0 di Stadium Larking dan 0-6 di Stadium Darul Makmur.

Kebangkitan Pahang musim ini menjadikan pertarungan antara kedua-dua pasukan ini kembali hangat. Hanya kemenangan ketika kedua-dua pasukan dalam prestasi terbaik akan memberikan kepuasan pada pasukan yang menang.

Baca juga: Liga Super 2017: Sarawak 0 JDT 2, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: