Jadual Bulan Mei Untuk JDT

Huraian jadual bulan Mei untuk JDT

Untuk bulan ini, JDT masih terlibat dalam 2 kejohanan iaitu Liga Super dan juga Piala AFC. JDT masih berada dikedudukan teratas dalam carta Liga Super 2017. Bagi Piala AFC pula, JDT masih berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya. Kami berikan sedikit huraian jadual bulan Mei untuk JDT.

Penghujung bulan ini merupakan bermulakan bulan puasa untuk umat Islam. Liga Malaysia akan dihentikan sepanjang bulan puasa dan juga menjelang Hari Raya. Cuma terdapat satu perlawanan Piala AFC yang akan berlangsung dalam bulan puasa.

Liga Super

Hanya 2 perlawanan Liga Super akan berlangsung bulan ini iaitu dengan menentang Melaka United dan juga PKNS FC. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di tempat lawan. Diatas kertas, JDT dilihat mampu untuk mengekalkan kedudukan teratas sebelum liga direhatkan sebulan.

Melaka United vs JDT – 6 Mei 2017 – Stadium Hang Jebat @ 9:00 malam

PKNS FC vs JDT – 24 Mei 2017 – Stadium Shah Alam @ 9:00 mlm (malam pertama bulan puasa)

Piala AFC

piala afc JDT vs Magwe FC

Hanya tinggal satu lagi perlawanan peringkat kumpulan yang akan berlangsung Rabu ini menentang Magwe FC di Stadium Larkin. JDT hanya perlu seri untuk layak ke peringkat seterusnya. Lawan JDT untuk peringkat seterusnya hanya akan diketahui pada malam yang sama.

JDT vs Magwe FC – 3 Mei 2017 – Stadium Larkin

Zonal semi-finals #1 pada 15 hingga 17 Mei 2017 – Tarikh sebenar dan venue akan ditentukan kemudian.

Zonal semi-finals #2 pada 29 hingga 31 Mei 2017 – Tarikh sebenar dan venue akan ditentukan kemudian. ( sudah masuk bulan puasa)

Kesimpulan

Tanpa penglibatan dalam Piala FA, jadual JDT Nampak lebih selesa dan member masa untuk pemain untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan kekal focus perlawanan demi perlawanan. Moga pemain juga dapat bermain dalam bulan puasa.

Baca juga: JDT didenda RM10 ribu atas kesalahan penyokong sendiri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: