Natxo Insa Teruja Memenangi Dua Gelaran Liga Dalam Masa Empat Bulan
Natxo Insa adalah pemain yang hebat selepas memimpin dua pasukan merangkul gelaran liga di dua negara yang berbeza
Apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super pada hari Sabtu Yang lalu meskipun kekalahan pada pasukan Selangor, ia adalah masa untuk kita raikan kejayaan untuk pasukan JDT – ia merupakan kali kedua dalam masa empat bulan Natxo memenangi kejuaraan liga.
[AdSense-B]Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues baru saja tiba di JDT semasa jendela perpindahan dipertengahan musim liga. Dia merupakan tulang belakang dan memainkan peranan penting dalam pasukan Levante menjadi juara Divisyen Segunda, sehingga dipromosikan ke La Liga untuk bersama dengan pasukan seperti Real Madrid dan FC Barcelona dalam Kempen La Liga 2017-18 yang akan datang.
Walaupun mempunyai masa yang agak singkat dengan Harimau Selatan, kualiti Insa telah menjadikannya sebagai watak penting yang sangat diperlukan dalam mengejar kejuaraan untuk pasukan JDT . Kini beliau sentiasa berada dalam pasukan utama, kawalan bola Insa, kesedaran dan keupayaannya untuk mengekalkan permainannya secara mudah adalah faktor utama beliau sebagai pemain tengah terbaik pasukan JDT.
“Bagi saya ini magik, saya berjaya melakukannya di Sepanyol dan saya melakukannya di sini. Saya sangat gembira untuk memenangi Liga Super, apatah lagi berturut-turut ianya tidak mudah,” katanya.
[AdSense-B]“Sudah tiba masanya untuk kita meraikan dan untuk kita gembira, sekarang kita berehat, kita mempunyai masa untuk pemulihan dan untuk keluarga, selepas itu kita boleh kembali lebih kuat,” kata Insa kepada goal.com.
Dalam perlawanan yang menentang Selangor, Insa menunjukkan prestasi cemerlang di bahagian tengah. Pada hari di mana pemain JDT seperti Gonzalo Cabrera, Mohammed Ghaddar dan Gabriel Guerra gagal memenuhi standard yang tinggi, Insa terus menjadikan peranannya sentiasa konsisten.
Sentiasa bersedia menerima bola, Insa membuat dirinya senang dan sentiasa mudah untuk membantu sepanjang perlawanan. Keupayaannya untuk mencari ruang adalah sesuatu kebolehan beliau yang tiada tandingannya, dan itulah yang membolehkannya untuk mengambil masa untuk melepaskan satu rembatan kencang terus kedalam gol pada babak pertama menentang Selangor.
Sebagai pemain yang berdaya saing, Insa difahamkan tidak senang dalam kekalahan itu tetapi dengan senang hati dapat membantu pasukannya mencapai sasaran mereka untuk musim ini. Sejak 2014, tidak ada pasukan lain yang meraih gelaran Liga Super – satu kejayaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
[AdSense-B]“Ya, kami masih tidak 100% gembira kerana kami sentiasa mahu memenangi setiap perlawanan, kami mungkin lebih baik. Kadang-kadang anda memenangi perlawanan, kadangkala anda tidak.”
“Tetapi penting bagi kami untuk memenangi liga, apabila saya merembat bola, saya tahu saya merembat dengan baik, sentiasa baik dan perasaan bagus untuk mencetak gol,” tambah Insa.
Dengan adik lelakinya Kiko Insa sudah termasuk dalam panggilan terbaru pasukan kebangsaan Malaysia, sampai masa panggilan untuk Natxo akan menyusul. Kelewatan sekarang kerana menunggu kelulusan yang datang dari Fédération Internationale de Football Association (FIFA).
[AdSense-B]Memandangkan apa yang telah ditunjukkannya setakat ini, Natxo Insa di bahagian tengah pasukan kebangsaan akan meningkatkan kualiti pasukan tetapi mungkin dapat memberi peluang kepada Malaysia untuk merebut salah satu tempat di Piala Asia 2019.
Terjemahan: Goal.com
Baca juga: Semangat Juang Pemain Muda Selangor Wajar Dicontohi