Malaysia vs Brunei: 1 Gol Dan 1 ‘Assist’ Safawi Rasid, Syazwan Andik Sia-siakan 2 Peluang Keemasan
Perlawanan pertama Sukan SEA 2017 untuk pasukan Malaysia baru sahaja tamat sebentar tadi. Keputusan penuh di Stadium Shah Alam berkesudahan dengan kemenangan buat Malaysia dengan keputusan Malaysia 2 Brunei 1. Safawi dan Syazwan Andik berada dalam kesebelasan utama Malaysia.
Safawi Rasid
Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-4 dengan volley cantik selepas menerima hantaran dari Matt Davies. Safawi juga memperolehi beberapa peluang untuk menambahkan gol. Namun, minit ke-60 tendangan sepakan sudut Safawi ditanduk kemas oleh Adam Nor Azlin dan menjadi gol kemenangan Malaysia.
[AdSense-B]Syazwan Andik
Syazwan Andik bermain di posisi sayap kiri dan dapat bermain penuh 90 minit. Dia mempunyai 2 peluang keemasan untuk menambahkan jumlah jaringan Malaysia. Secara keseluruhan Syazwan bermain dengan baik dan membantu barisan serangan dan juga pertahanan.
Komen penyokong
3 pts but pretty unsatisfactory really. General play slick enuff but finishing woeful. Safawi’s goal absolutely world class though #KL2017
— Dr. Iqbal Rizal (@DrIqbalENT) August 14, 2017
[AdSense-B]Safawi for tonights game
1 goal
1 assistFuture winger#SukanSea2017 #masvsbru
— Grig (@r3innn) August 14, 2017
3 point tu yg penting. Game boleh improve. Syazwan Andik nampak gugup. Next game kena tunjuk belang sikit! #hidupbudakskudai ?
— Pendi77 (@Pendi77) August 14, 2017
Syazwan andik missed 2 chances. Rugi sangattt tu
— Pu (@GranitXhapu) August 14, 2017
Perlawanan seterusnya
Malaysia akan bertemu Singapura pada hari Rabu ini. Kemudian pasukan Myanmar pada hari Isnin dan akhir sekali bertemu Laos pada hari Rabu hadapan. Semoga coach Ong Kim Swee dapat memperbaiki kelemahan yang dilihat pada perlawanan malam ini.
Baca juga: VIDEO: Gol Volley Padu Safawi Rasid, Malaysia vs Brunei