Khalid Ali Pilih JDT Dan Kedah Mara Ke Final Piala Malaysia 2017
Legenda bola sepak Malaysia, Khalid Ali memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah sebagai calon bagi pertembungan final Piala Malaysia musim ini.
Sekali pun mengakui peluang tetap terbuka buat FELDA United dan Perak, baginya keputusan saingan separuh akhir pertama selain kelebihan bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan buat JDT dan Kedah.
Pada aksi pertama, JDT dan Kedah masing-masing berjaya mengikat kedudukan 1-1 di gelanggang lawan menuju pertembungan di Larkin dan Alor Setar malam esok.
[AdSense-B]Malah Harimau Selatan dan Helang Merah hanya perlu mempertahankan jaringan di gelanggang lawan minggu lalu untuk mara ke final, namun pastinya pelawat bakal beraksi habis-habisan memburu jaringan bagi memadam kelebihan itu.
Bagaimanapun, bekas pemain Selangor terbabit, menganggap peluang buat pasukan pelawat tetap terbuka dan skuad pilihan yang dilabel kepada tuan rumah mampu dikejutkan seandainya pemain JDT dan Kedah sedikit leka sepanjang 90 minit permainan.
“Apapun, faktor jaringan di gelanggang lawan yang di miliki tuan rumah harus pantas dipadamkan FELDA dan Perak dengan perlu meledak jaringan seawal mungkin pada pertemuan penting itu jika berhasrat mencipta kejutan.
Namun ia bukan tugas mudah buat mereka terutama berdepan pemain terbaik tuan rumah selain sokongan padu penyokong lawan.
“Malah reputasi sebagai juara Liga Super empat musim berturut-turut (JDT) dan juara bertahan Piala Malaysia, Kedah juga dilihat antara kekuatan moral buat kedua-dua pasukan untuk mengisi dua slot beraksi di pentas final yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, pada 4 November,” katanya.
Malah mereka pasti enggan menghampakan peminat yang hadir di gelanggang sendiri berikutan ia satu kerugian buat skuad tuan rumah seandainya gagal ke final , ketika peluang lebih cerah memihak kepada mereka.
[AdSense-B]Rekod cemerlang sejak dua musim lalu dengan JDT dan Kedah sering memasuki perlawanan akhir liga tempatan dilihat juga antara faktor kelebihan buat kedua-dua pasukan mendepani tekanan hebat aksi separuh akhir berbanding lawan.
JDT yang muncul juara Piala FA musim lalu sementara Kedah dua kali bersaing di final iaitu juara Piala Malaysia musim lalu dan juara Piala FA musim ini antara pengalaman yang positif untuk mereka berjuang berdepan FELDA dan Perak kali ini.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Kali Ini Peluang Terbaik JDT Untuk Mara Ke Final Selepas 2014