JDT Sukar Kekang Kelantan – Longhi
Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi, menyifatkan permainan pantas Kelantan sedikit menyukarkan skuadnya mendominasi perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.
Bagaimanapun, perlawanan yang memihak kepada JDT dengan keputusan 2-1 malam tadi tetap memberi kepuasan kepada jurulatih kelahiran Argentina itu.
[AdSense-B]Katanya, pada separuh masa pertama perlawanan, pasukannya mengalami kesukaran untuk melancarkan serangan susulan tekanan kuat dari bahagian tengah Kelantan.
“Saya anggap malam ini (tadi) adalah perlawanan paling sukar dan saya terpaksa menukarkan beberapa situasi (corak) permainan untuk mempertingkatkan serangan.
“Mereka (pemain Kelantan) memberi tekanan yang kuat terutama bahagian tengah menyebabkan serangan yang kita lancarkan gagal.
“Namun saya tetap berpuas hati kerana semua pemain JDT memberi aksi yang baik dan terus berusaha sepanjang perlawanan hingga menghasilkan kemenangan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, malam tadi.
Dalam perlawanan malam tadi, tonggak tengah JDT, Natxo Insa menjadi penyelamat pasukan itu apabila menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-82 sekaligus meranap harapan tuan rumah, Kelantan malam tadi.
[AdSense-B]Mengulas mengenainya, pemain berdarah campuran Sepanyol-Malaysia itu berkata gol yang dijaringkan itu adalah hasil kerja keras bersepasukan dan dia gembira mampu membantu pasukan membawa pulang tiga mata dari Kota Bharu.
“Kelantan adalah sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang cukup tinggi, selain itu mereka kini dibarisi pemain muda yang bagus.”
“Jaringan tadi adalah hasil daripada kerjasama rakan-rakan dan saya gembira membantu JDT melakarkan kemenangan malam ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: JDT Benam Kelantan Setelah Ketinggalan Satu Gol Pada Minit Ke-11