Afiq Fazail

Afiq Mahu Tebus Kekecewaan Abangnya, Irfan Fazail

 

Tiga tahun lalu, Mohd Afiq Fazail hanya menjadi penonton ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas kepada Pahang menerusi penentuan penalti 3-5, selepas terikat 1-1 di pentas final Piala Malaysia.

Dia hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada abangnya, Irfan yang turut berada dalam skuad Harimau Selatan ketika itu.

Kini, tiba giliran Afiq untuk mengisi tempat abangnya itu apabila JDT membuat perhitungan dengan juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

[AdSense-B]

Menurut pemain berusia 23 tahun kelahiran Pontian itu, dia tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini dalam tempoh cukup singkat.

“Jika saya diberi peluang beraksi di final, ia akan menjadi pengalaman baharu. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan membantu pasukan membawa pulang Piala Malaysia.

“Pada final 2014 itu, saya masih anggota skuad Harimau Muda B, saya datang sebagai penonton bersama keluarga kerana abang Irfan ada dalam skuad.

4 pemain baru JDT afiq fazail

“Ini final pertama dalam karier saya, tak terfikir sehingga ke tahap ini. Mungkin rezeki saya, saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Peningkatan mendadak Afiq menyaksikan dia diserap masuk menyertai JDT musim ini daripada skuad Johor DT II.

Peluang itu digunakan sepenuhnya apabila kerap menjadi pilihan jurulatih, Ulisses Morais sebagai pemain tengah bertahan.

[AdSense-B]

“Pemain seperti Natxo (Insa), Safiq (Rahim) banyak memberi tunjuk ajar dan saya cuba memperbaiki kelemahan yang ada.

“Saya tidak pernah beraksi menentang Kedah, tetapi saya percaya Sandro (Mendonca) dan Liridon (Krasniqi) adalah pemain yang perlu diawasi,” katanya yang turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Safiq Rahim Buru Kejuaraan Sulung Piala Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: