1

Air Fryer Bukan Penyebab Penyakit Berbahaya, Tapi Memudahkan Kerja Di Dapur. Ini Penjelasan Doktor

Apabila teknologi telah mencapai kemajuan setanding dengan peredaran zaman, segala pekerjaan yang dilakukan mudah dilaksanakan. Tidak kurang juga dengan adanya teknologi memudahkan kerja-kerja rumah para isteri. Mesin lipat kain, mesin pengering, air fryer antara contoh alatan yang digunakan untuk memudahkan lagi kerja-kerja yang tertangguh.

Air fryer pula antara alat yang menjadi idaman para wanita. Tetapi baru-baru ini, tular pula di media sosial mengatakan ada kesan sampingan penggunaan suhu tinggi alatan ini yang mampu menyebabkan terhasilnya satu bahan yang dikenali sebagai acrylamide. Akrilamida ini dikelaskan sebagai kompaun yang mungkin meningkatkan risiko kepada kan*ser.

Namun begitu Dr. Hani Mynis yang terkenal dengan tips penjagaan rumah dan dekorasi menyatakan di dalam statusnya di Facebook, air fryer sebenarnya tidak menyebabkan kan*ser. Bagi mengelakkan risiko akrilamida katanya,gunakan dua pemboleh ubah yang boleh dikawal iaitu, suhu dan masa.

SEMALAM ada beberapa orang tagged Hani kat satu artikel mengatakan penggunaan air fryer berbahaya boleh menyebabkan makanan menghasilkan sejenis kompoun yang menyebabkan ka*nser (ini pemahaman netizen berdasarkan kandungan artikel tersebut) makanya ramailah yang tag suami kawan adik beradik memasing tak jadi nak beli air-fryer! Sebab kononnya air fryer bahaya boleh sebabkan kanser. Alahai ke situ pulak jadinya.

Ni nak cerita bab sains, hani ringkaskan makanan BERKANJI bila digoreng/dimasak menggunakan SUHU YANG TINGGI (iaitu melebihi 120C), akan hasilkan sejenis kompoun yang sifatnya toksik yang boleh menyebabkan kan*ser iaitu akrilamida.

KANJI + SUHU TINGGI = BAHAYA. Contoh makanan berkanji: nasi; tepung; ubikayu; kentang; roti.

Point nya disini, tak kisah lah menggoreng/memasak Makanan BERKANJI menggunakan cara apa: air-fried, deep-fried, oven-bake, microwave even guna kuali legend sekalipun ianya akan menghasilkan akrilamida. Oleh itu, tolonglah; air fryer tak salah! Air fryer tak menyebabkan kan*ser. Fakta ini perlu dibetulkan.

Macam mana nak kurangkan risiko penghasilan akrilamida ni? Tapi teringin nak makan kentang goreng, ubi kayu goreng. Dua pemboleh ubah yang boleh kita kawal; SUHU dan MASA. Gunakan SUHU yang rendah, tapi MASA yang lama utk menggoreng.

Inilah kebaikan air fryer! Kita boleh manipulasi suhu dan masa kita memasak. Kalau nak sukat suhu minyak masak jenuh pulak kan? OK dah clear yang kat sini?

Hani kalau bab benda yang memudahkan proses menguruskan rumah memang hani suka. Tak kisah lah mengemas atau memasak. Oleh itu, apa sahaja gadjet/appliance/item yang memudahkan kerja kat dapur ni memang dalam wishlist hani dan hani sarankan kat jiran tetangga adik beradik mertua untuk guna.

Sebab apa, sebab nak memudahkan kerja kita kat dapur lah. Tak kisah lah wanita bekerjaya ke wanita suri rumah ke, wanita belum berkahwin ke, mana yang memudahkan kerja rumah, hani sarankan beli! Ada rezeki lebih, BELI! Bila kerja rumah kita dimudahkan, efisyen, insyaAllah kurang stress nak menguruskan rumah; lebih banyak masa dengan anak-anak keluarga dan diri sendiri.

Kat sini hani beri contoh penggunaan air-fryer yang efisyen dan mencepatkan proses memasak, banyak lagi boleh buat tapi hani bagi satu contoh:

Siapa suka makan ayam masak merah? Nak masak ayam masak merah secara konvensional:

Goreng ayam dulu (menggunakan minyak yang agak banyak dan menggunakan masa) dah siap goreng ayam baru masak sambal masak merah nya (kalau cara hani wajib gunakan minyak yang sama utk goreng sambal; jimat minyak pada masa yang sama elakkan ada minyak terpakai lebihan) = masa yang lama jadinya dan berminyak double lah kan.

New style. Hani masak sambal masak merah. Pada masa yang sama hani masak sambal, hani goreng juga ayam dalam air-fryer. Suhu jangan tinggi sbb kita tak nak ayam tu terlalu garing. Ayam utk masak ayam masak merah wajib lembap-lembap juicy. So kita buat dua kerja dalam satu masa. By time sambal dah nak masak, ayam dah siap masak, tunggu nak dimasukkan je dalam sambal ayam masak merah. Kurangkan penggunaan masa dan anak pun happy ibu dia tak lama kat dapur.

Air fryer bukan hanya untuk menggoreng sahaja ya. Membakar pun boleh buat ayam percik, buat kek pun boleh. Bakar pizza pun boleh. Yang ni episode lain lah ya. Nanti hani kongsi resepi menggunakan air fryer.

p/s: Siapa yang nak beri hadiah pada diri sendiri atau suami nak beli kan hadiah pada isteri sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau saja-saja sebab nak jadi suami soleh nak banyakkan rezeki, tak payah fikir jauh, belikan AIR FRYER, BELI!!

Sumber: Hani Mynis

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: