Air Masuk Ke Mesin Basuh Terlalu Perlahan? Boleh Repair Sendiri Dengan Kos RM30
Mesin basuh yang rosak sememangnya memeningkan kepala buat kebanyakkan suri rumah masa kini. Kos untuk membaiki mesin basuh boleh mencecah sehingga RM200, bergantung kepada masalah mesin dan ia mungkin mengambil masa yang lama.
Perkongsian dari Mazuan Lin, menunjukkan cara mudah untuk anda membaiki mesin basuh anda sendiri dengan modal kira-kira RM30 sahaja.
“Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni.
Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama”
Ok dah siap ya. Senang saja kan. Rasanya memang orang perempuan boleh buat.”