Cara Mudah Buat Aiskrim Sihat, Mewah Badam & Kismis. Confirm Anak Suka
Berbahagianya dapat makan aiskrim ketika musim panas begini bukan? Pasti terasa lega tekak yang kering ini apabila dapat menelan aiskrim yang sejuk. Apatah lagi jika aiskrim itu kaya nutrisi. Jadi tidaklah sahaja dapat hilangkan dahaga, malah boleh juga bekalkan khasiat untuk tubuh badan.
Bahkan kita sebagai ibu pun tidaklah bimbang sangat kalau anak-anak makan terlebih aiskrim tersebut. Maklumlah kita sendiri yang sediakannya, pasti kita hanya masukkan bahan-bahan yang terbaik di dalam penyediaan aiskrim tersebut.
Untuk yang belum pernah mencuba menyediakan aiskrim berkhasiat ini, jom sediakan sepertimana yang dikongsikan oleh MamaD ini.
Melihat bahan-bahan yang dikongsikannya untuk membuat resipi aiskrim itu pun kita sudah dapat bayangkan kesedapan rasanya, tak sabar pula untuk dicuba!
Anak-anak suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confirm mengamok nak aiskrim. Pening kepala mak pak kan nak kontrol. Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yang sihat.
AISKRIM HOMEMADE SIHAT
Bahan-bahan:
- 1 cawan 1/2 susu segar
- 1 cawan susu cair
- Segenggam badam
- Segengam kismis
- Sedikit susu pekat( mamaD tak letak, sebab tak nak manis
- Perisa ikut suka. MamaD letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalett
Cara-cara:
- Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.
- Badam disangai atau beli yang siap sedia dimakan, kemudian blend hancur.
- Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.
- Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 min dan boleh dimasukkan badam yang siap diblend hancur.
- Sedia dibekukan. Enjoy.
Ekstra info :
- Sebenarnya, boleh je terus diblend dalam blender bahan-bahan tu tanpa alih bancuhan ke dalam pemutar kek. Tapi efek dia kurang gebu sikit la.
- Kismis dan badam tu boleh je kalo nk masukkan ke dlm aiskrim secara kasar, tp disebabkan ank mamaD ni kecil lg, sbb tu mamaD blend hancur. ?
- Gantikan kismis dgn pisang pon best tau.
- Untuk lagi gebu, pukul sebiji telur bersama ovallett sehingga gebu dahulu. Baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak hanyir pun.
Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis.
sumber : Miera Irayz Nordin via MAHN