New Project

Analisa: Adakah JDT Akan Bergelar Juara Liga Super Andai Menang 3 Perlawanan Berturut-Turut?

Perlawanan ke-16 Liga Super akan bersambung mulai malam ini selepas berehat menyambut Hari Raya Aidilfitri. JDT masih lagi berada dikedudukan teratas Liga Super dengan mengumpul 38 mata selepas 15 perlawanan. Sebanyak 11 mata memisahkan JDT dengan pasukan ditempat kedua.

Dengan perbezaan mata yang besar, JDT semakin hampir untuk menjulang piala Liga Super 2018 dan merupakan kejuaraan liga yang ke-5 berturut-turut. Kami pasti JDT akan bergelar juara jika menang 3 perlawanan yang berikutnya. Berikut merupakan situasi yang akan mengesahkan kejuaraan JDT.

JDT akan menentang Terengganu, Melaka United dan juga Perak untuk tiga perlawanan berikutnya. JDT akan mengumpul jumlah 47 mata andai menang 3 perlawanan ini dan kalah baki 4 perlawanan lagi.

Di tempat kedua pada masa ini adalah pasukan Perak dengan 27 mata. Baki perlawanan yang perlu diharungi oleh semua pasukan termasuk perak adalah 7 perlawanan. Namun Perak hanya boleh mencatatkan 6 kemenangan dan satu kalah ditangan JDT.

Dengan 6 kemenangan Perak dapat mengumpul 18 mata dan memperolehi 45 mata keseluruhan pada penghujung saingan Liga Super 2018.

Selain itu, terdapat 3 pasukan iaitu Pahang, Kedah dan Terengganu yang mengumpul mata yang sama pada 24 mata. Namun, hanya Pahang dan Kedah tidak akan bertemu dengan JDT dalam 3 perlawanan berikutnya dan boleh mengumpul mata maksima dari 7 perlawanan.

Dengan 7 kemenangan Pahang dan Kedah dapat mengumpul 21 mata dan seterusnya memperolehi 45 mata pada penghujung Liga Super 2018.

Kesimpulan

Berdasarkan penerangan diatas dan berserta dengan gambarajah, JDT sudah boleh menjulang piala Liga Super sekiranya menang 3 perlawanan berikutnya menentang Terengganu, Melaka United dan Perak. Dengan hanya mengumpul 47 mata, tiada pasukan yang akan dapat memintas JDT.

JDT juga boleh bergelar juara lebih awal jika 3 pasukan iaitu Perak, Pahang dan Kedah kehilangan mata dalam perlawanan liga ke-16 dan 17.

Adakah JDT boleh bermain bunga api dalam bulan Syawal ini juga?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: