Duo Pertahanan Tengah JDT

Analisa: Duo pertahanan tengah JDT

Sekarang ini adalah tempoh berehat Liga Malaysia untuk memberi peluang kepada skuad Harimau Malaya. JDT sudah mengharungi 14 perlawanan setakat ini dan 5 pemain digunakan sebagai pertahanan tengah. Coach Mora membentuk 5 pasangan pertahanan tengah dari 5 pemain ini. Siapakah duo pertahanan tengah JDT yang terbaik pilihan anda?

Marcos Antonio dan Fadhli Shas sentiasa menjadi pilihan untuk diturunkan sebanyak masing-masing 13 dan 7 kali penampilan. Selain itu, Junior dengan 4 penampilan, Aidil Zafuan dengan 3 penampilan dan Amirul Hadi Zainal sebanyak sekali penampilan.

[AdSense-B]

Duo pertahanan tengah JDT 2017

– Statistik ini tepat pada tarikh artikel ini ditulis

– P= Perlawanan, M= Menang, S= Seri dan K= Kalah

Marcos Antonio & Fadhli Shas

P6 M3 S2 K1 Bolos 5

Lawan= Bangkok United-Piala ACL, Gamba Osaka-Piala ACL, Global FC-Piala AFC, Uitm FC-Piala FA, Felda United-Liga Super dan Selangor-Liga Super.

Marcos Antonio & Junior Eldstal

Duo pertahanan tengah JDT marcos antonio

P4 M4 S0 K0 Bolos 2

Lawan= Bueongket Angkor-Piala AFC, T-Team-Liga Super, Sarawak-Liga Super dan Pahang-Liga Super.

[AdSense-B]

Fadhli Shas & Aidil Zafuan*

P1 M0 S1 K0 Bolos 1

Lawan= Magwe FC (*Amirul Hadi diturunkan dari pemain tengah ke pertahanan tengah apabila Hasbulah menerima kad merah)

Marcos Antonio & Amirul Hadi Zainal

P1 M1 S0 K0 Bolos 0

Lawan= Felda United-Piala FA

Marcos Antonio & Aidil Zafuan*

P2 M0 S1 K 1 Bolos 3

Lawan= Kedah-Liga Super (* Aidil cedera pada minit ke-52 dan digantikan dengan Fadhli Shas) dan Perak-Liga Super.

[AdSense-B]

Selain daripada 5 pemain ini, JDT masih mempunyai seorang pemain muda pertahanan tengah yang masih belum diturunkan untuk musim ini iaitu Dominic Tan. Pemain ini juga wajar diberi peluang untuk beraksi bersama JDT. Kemungkinan besar semasa Piala Malaysia nanti.

Daripada statistik ini gandingan Marcos+Junior dan Marcos+Amirul Hadi belum lagi tewas. Selepas mengharungi 14 perlawanan, adakah dua gandingan ini adalah yang terbaik dan harus dikekalkan oleh coach Mora? Apa pandangan anda?

Baca juga: 5 perkara menarik mengenai Anti-Gravity Treadmill JDT ini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: