Analisa Selangor Vs Jdt

Analisa Selangor vs JDT : ‘Counter-Play’ Selangor membunuh ‘Build-Play’ JDT

Kalah dalam menang. Itu lah kata-kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan situasi perlawanan semalam dimana Selangor berjaya menundukkan JDT dengan jaringan dua berbalas satu di Stadium MP Selayang malam tadi. Walaupun begitu, JDT berjaya menjulang piala Liga Super untuk kali keempat berturut-turut.

Kali ini, penulis kami menyediakan analisa perlawanan yang kami kira panas untuk disaksikan oleh semua penyokong bola sepak Malaysia.

Separuh masa pertama

selangor vs jdt natxo insa

Atas kertas, JDT menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan formasi kebiasaan 4-3-3 dan Selangor juga turun dengan formasi 3-5-2 kebiasaan dengan meletakkan Amri dan Forkey Doe dihadapan.

Fasa 10 minit pertama, gameplay kedua-dua pasukam kelihatan seimbang, namun penguasaan space lebih memihak kepada JDT yang dikatakan hampir menguasai bahagian midfield padang walaupun dalam keadaan workrate yang sederhana.

[AdSense-B]

Selangor pula lebih bercorak counter play dan mereka beberapa kali cuba mengalirkan bola secara pantas ke Forkey Doe namun sering kali terperangkap di offside.

Pivot hilang hubungan dengan pertahanan

Ketika permainan memasuki minit ke 20, pivot JDT yang ketika itu ditugaskan pada Afiq hilang arah apabila counter play Selangor mula mendapat rentak. Seringkali pertahanan JDT hilang shape dalam membentuk wall di defending third. Namunquick action dari Izham mebolehkan pertahanan mendapat tempo untuk membentuk defending unit.

Pada 15 minit terakhir, Selangor mula membuat loop hole di midfield, effect dari bermain secara wide dan bertahan. Midfield Selangor di arah untuk drop deep bagi membentuk ‘double eight’ menghalang JDT membuat finishing namun dalam ketika ini Selangor kurang menekankan isu space, yang membolehkan 3 penyerang JDT roaming di zon 14, dibantu Natxo dan Safiq.

Oleh kerana terlalu leka, Selangor dihukum dengan jaringan berkelas dunia Natxo Insa dari jarak kira-kira 38 meter dari gawang gol. Ketika itu, tiada pemain Selangor yang cuba membuat pressing ke Natxo.

Separuh masa kedua

amri lagi tinggi

Kali ini JDT mula bermain secara berhati-hati dan mula kompak di bahagian tengah. Morais mula memasukkan Hazwan dengan menukar Ghaddar yang off form di separuh masa pertama. Namun ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan JDT ketika Selangor menyerang.

Aidil dan Fadhli Shas gagal untuk membentuk pairing ketika Selangor membuat counter attack. Bukan itu sahaja, Midfield terlalu meletakkan beban yang tinggi ke atas Natxo dalam isu space sehingga Natxo dikerah turun naik dalam workrate yang tinggi.

[AdSense-B]

Fasa minit ke 60, JDT mula dropdeep bagi membentuk double six menahan asakan serangan Selangor yang bermain secara one way game. Anda sendiri boleh lihat Selangor banyak bermain secara airball dari midfield ke striker kerana kurang kreatif dalam membentuk penguasaan di bahagian zon 14.

Namun penulis akui, gol Amri merupakan gol yang paling bijak kerana dia bijak memanipulasikan rules dan tempo build up dari JDT.

Minit ke 80, JDT mula bermain secara full attacking force, dengan bermain gamble, meletakkan JDT dalam keadaan high defensive line. Namun taktikal ini memakan diri sejurus Andik meletakkan Selangor dihadapan. Kemudian, JDT mula meningkatkan intensity game untuk sebolehnya seri dalam perlawanann tersebut.

Kesimpulan

JDT masih lagi bermasalah dengan tight area yang dicipta pihak lawan walaupun formasi dalam keadaan berstruktur dan cair. Walaupun begitu tahniah kepada JDT yang merangkul yang gelaran liga keempat berturut-turut. Satu sejarah yang sudah dicipta malam itu!

[AdSense-B]

MOTM Pilihan SemuanyaJDT.COM

Norazlan Razali

Walaupun performance nya boleh dikatakan drop pada musim ini, namun kredit pada dia yang banyak melakukan beberapa save dan point blank save dalam menjalankan tugas menjaga gawang Selangor malam tadi. Tahniah Selangor!

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Liga Super 2017, Selangor 2 Johor DT 1

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: