Analisa Taktikal JDT Vs Felda United

Analisa Taktikal JDT vs Felda United: Bangkit selepas ketinggalan

Perlawanan ini merupakan ujian kedua untuk Benjamin Mora dan kita boleh lihat banyak peningkatan dari segi prestasi pemain dan juga taktikal berbanding bertemu Kedah minggu lepas. Akhirnya JDT mendapat 3 mata yang pertama dari Larkin selepas sekadar seri minggu lepas. Jom baca analisa taktikal JDT vs Felda United ini.

Formasi Permulaan JDT vs Felda United

jdt vs felda united kesebelasan

Farizal Marlias masih lagi dikekalkan sebagai penjaga gol untuk perlawanan ini. Walaupun prestasi nya agak meragukan ketika bertemu Kedah. Mungkin Izham Tarmizi belum cukup cergas selepas cuti perkahwinannya.

Ketiadaan Aidil telah digantikan dengan Fadhli Shas di bek tengah. Azrif pula masuk menggantikan S.Kunalan yang digantung setelah menerima kad merah minggu lepas.

Amirulhadi dan Safiq masih lagi menjadi double-pivot pilihan untuk berada di centre-circle. Cabrera bergerak dari sayap kiri manakala Azamuddin dari sayap kanan.

[AdSense-B]

Brian Ferreira menjadi pengumpan untuk bergerak di hadapan barisan tengah. Manakala Jeronimo Barrales diletakkan sebagai penyerang tunggal untuk perlawanan ini. Ikuti analisa taktikal JDT vs Felda United seterusnya.

JDT Ketinggalan Dengan Gol Matyo

Pada awal fasa permainan dalam babak pertama kelihatan JDT dapat settle-down lebih awal. Beberapa percubaan menarik berjaya dilakukan melalui rangkaian serangan Cabrera, Ferreira dan Azamudin.

Persefahaman mereka bertiga dibantu dengan hantaran Safiq dari tengah mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Felda. Dan JDT hampir mendapat gol seawal minit ke 2 dengan percubaan Fadhli Shas.

Tetapi pada minit ke-22 Felda United terlebih dahulu mendapatkan jaringan awal. Melalui sepakan sudut mereka berjaya mendapatkan gol dan mendahului pasukan JDT.

Fadhli Shas dengan pantas telah menanduk masuk bola sepakan sudut Safiq Rahim untuk menyamakan kedudukan. Ini telah memulihkan kembali semangat pemain-pemain JDT selepas ketinggalan.

Azamudin Mula Menampakkan Taring

Analisa Taktikal JDT vs Felda United alex azamudin akil

Masuk separuh masa kedua, kita dapat melihat Benjamin Mora mula mengarahkan pemainnya bermain secara direct-football. Dan penguasaan bola JDT semakin bertambah dan percubaan berbahaya juga semakin menyeksakan penjaga gol Felda United.

Akhirnya seorang pemain Felda United telah diberikan kad merah kerana mengasari Safawi Rashid yang baru masuk menggantikan Jeronimo Barrales. Bermain dengan 10 orang semakin sukar untuk pasukan lawan.

Beberapa minit selepas itu, Gonzalo Cabrera telah menjaringkan gol pendahuluan melalui umpanan Azamudin.Hasil daripada hantaran pendek yang baik, Azamudin telah memberikan umpanan yang begitu cantik. Cabrera telah merembat deras ke arah gol dan penjaga gol Felda United tertewas buat kali kedua.

Selang beberapa minit selepas itu hasil kesilapan komunikasi antara barisan pertahanan dan penjaga gol Felda United, Ferreira telah menjaringkan gol ketiga. Sekali lagi hasil umpanan dari Azamuddin mudah buat Ferreira menyudahkan hantaran itu kerana pintu gol telah terbuka.

[AdSense-B]

Kad Merah Telah Mengubah Segalanya

Sekali lagi kad merah telah dilayangkan di Stadium Larkin pada minggu ini. Tetapi pada kali ini dilayangkan pada pasukan Felda United.

Ternyata bermain dengan 10 orang menentang pasukan sebaik JDT sangat sukar. Penguasaan bola hampir 80% menjadi milik JDT.

Percubaan bahaya dan umpanan menarik semakin banyak dapat dilakukan. Faktor penyudah sekali lagi memainkan peranan.

Penampilan Pertama Untuk Dua Pemain Baru

Analisa Taktikal JDT vs Felda United safawi

Antara perkara positif dalam perlawanan ini selain memenangi perlawanan ialah penampilan dua pemain muda baru untuk JDT. Afiq Fazail dan Safawi Rashid pasti mendapat mimpi indah malam semalam.

Safawi Rashid hampir menjaringkan gol jika tidak kerana percubaannya melewati tiang gol. Dia juga mampu membuatkan bek kanan Felda United tidak senang duduk dengan cara permainannya.

Afiq Fazail pula walaupun cuma diberikan masa permainan lebih kurang 10 minit tapi menampakkan impak positif.Beliau yang lebih dikenali sebagai seorang deep-lying-playmaker nampak agak kekok pada perlawanan semalam. Tetapi secara keseluruhan ia pendedahan yang baik untuknya.

Kesimpulan Analisa Taktikal JDT vs Felda United

Analisa Taktikal JDT vs Felda United cabrera

Berdasarkan pada perlawanan ini kita dapat melihat pasukan JDT semakin memahami taktikal yang diterapkan oleh Benjamin Mora. Pemain juga semakin selesa dengan peranan masing-masing di dalam pasukan.

Kami boleh katakan sememangnya JDT layak untuk menang pada perlawanan malam ini. Persembahan setiap pemain dari penjaga gol sehingga penyerang tidak mengecewakan.

Jeronimo Barrales harus lebih rajin lagi untuk cuba dapatkan bola dan melakukan percubaan ke arah pintu gol. Brian Ferreira pula harus cepat mengurangkan permainan selfish kerana ia merugikan pasukan.

Benjamin Mora harus memikirkan pilihan yang lebih baik untuk bergandingan dengan Safiq Rahim di tengah. Amirulhadi ternyata tidak mampu untuk melindungi back-four pasukan JDT. Kita ada Shakir Shaari dan Gary Steven Robbat yang boleh bermain di situ.

[AdSense-B]

Penyerang pasukan JDT harus memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin. Mereka perlu ingat bukan mudah untuk mencipta peluang. Kami masih lagi menaruh kepercayaan kepada Hazwan dan Darren mampu bersinar jika diberikan peluang.

Pemain Terbaik JDT

Ini rate pemain pada perlawanan malam ini. Dari 10 markah penuh ini markah untuk setiap pemain:

Farizal – 7
Azrif – 6.5
Marcos – 7
Fadhli – 7.5
Fazly – 7
Amirulhadi – 6.5
Safiq – 8
Cabrera – 8
Ferreira – 7.5
Azamudin – 8.5
Barrales – 6
Safawi – 7.5
Afiq – Tidak cukup minit untuk dinilai
Hazwan – Tidak cukup minit untuk dinilai

[AdSense-B]

Pada perlawanan ini antara yang paling sukar untuk kami pilih siapa pemain terbaik perlawanan. Kami mempunyai 3 pilihan iaitu Azamudin, Cabrera dan Safiq.

Ketiga-tiga pemain ini sangat komited dan rajin di atas padang pada malam ini. Masing- masing ada menjaringkan gol dan juga assist.

Tetapi kami telah memilih Azamudin kerana persembahan beliau sangat menakjubkan. Ketenangan ketika berhadapan bek kiri pasukan Felda sangat mengujakan.

Kemampuan untuk melakukan 2 umpanan menarik yang seterusnya menjadi gol untuk pasukan JDT menjadikan beliau pemain terbaik JDT pilihan kami. Ternyata beliau semakin matang dalam permainannya dan semakin baik prestasinya. Inilah analisa taktikal JDT vs Felda United kami

Baca juga: Prebiu Liga Super #2: JDT vs Felda United, kesebelasan utama dan taktikal

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: