Analisis Taktikal JDT II Vs PERLIS Gabi Guerra

Analisis taktikal JDT II vs Perlis: Ngauman Gabi Guerra

Untuk pengetahuan semua, analisa taktikal JDT II vs Perlis ini ditulis oleh fanpage Johor Football Channel. Kami tidak ade membuat apa-apa tambahan mahu pun potongan. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua JDT II untuk Liga Perdana 2017.

Luka kekalahan di perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur masih dirasai .. Walaupun penguasaan sepenuhnya ditunjukkan anak buah coach Hamzani Omar, namun jentera serangan seperti terlalu tumpul utk menyudahkan setiap peluang yg ada ..

Perlawanan menentang Perlis yg juga berwajah baharu menjadi medan terbaik utk mereka bangkit .. Faktor bermain di Pasir Gudang juga merupakan one of reason kenapa mereka harus menunjukkan keputusan positif ..

PERMULAAN

Analisis taktikal JDT II vs PERLIS pemain jdt II

Tidak seperti perlawanan pertama di mana coach Hamzani meletakkan formasi asas 4-4-2, kali ni beliau mencuba dgn formasi 4-3-3 dgn meletakkan kembali trio Nico-Rozaimi-Gabi di posisi serangan di smping mengekalkan gandingan Aikal-Alexander utk mengimbangi corak serangan pasukan Perlis di samping dibantu kehadiran bekas pemain Pahang, D Saarvindran ..

4 pertukaran pemain dilakukan dgn kemasukan Saarvindran dan Gabi Guerra yg mencuri tumpuan sejauh mana kredibiliti mereka bersama JDT II ..

[AdSense-B]

PENGUASAAN MAKSIMA

JDT II membenam Perlis dgn sungguh bergaya dan penguasaan sepenuhnya pada perlawanan itu menunjukkan betapa JDT II terlalu bernafsu utk merekodkan kemenangan pertama mereka ..

JDT II ternyata menguasai perlawanan dgn penguasaan bola yg sgt dominan .. mereka menguasai hampir 68% penguasaan bola sementara Perlis hanya mampu menguasai bola sebanyak 32% sahaja ..

JDT II bermain di dalam zon selesa mereka dgn tempo yg tinggi .. Pasukan Perlis gagal menyerap tekanan yang dilakukan pemain-pemain JDT II khususnya dari Saarvindran dan Gabriel ..

Gandingan mantap Haikal-Alexander menceritakan malam gemilang penguasaan JDT II terhadap pasukan lawan .. mereka memulakan gerakan berbahaya dgn menserviskan lorongan-ii cantik kpd pemain sayap dan serangan JDT II utk mengucar-kacirkan tembok pertahanan Perlis yg dikepalai Damion Stewart, satu nama gah yg kini berada di penghujung prestasi terbaik beliau ..

GABIGOL MENGAMUK

Analisis taktikal JDT II vs PERLIS Gabi Guerra 3

Keterujaan beliau utk menyertai skuad Harimau Selatan sejak musim lepas kini dibuktikan dgn 3 gol yg dijaringkan beliau .. ” Gabiiii dan gollllll ” ..

Maka terciptalah gelaran ” Gabigol ” tersebut .. seperti aksi beliau semasa mewakili PKNS, beliau mengekalkan momentum tersebut ..

Beberapa gerakan dari sebelah flanker kiri menyelusup ke dalam D Box Perlis menyukarkan bek kanan Perlis utk menghalang mesin gol JDT II baharu ini ..

[AdSense-B]

NICO KONSISTEN

Analisis taktikal JDT II vs PERLIS nico

Ramai yg melihat beliau adalah pembelian yg tidak patut memandangkan beliau tidak mempunyai sejarah lampau yg gah seperti Lucero, Ferreira mahupun Cabrerra ..

Dan ini juga terbukti apabila dalam beberapa perlawanan persahabatan kadangkala beliau seperti tumpul di hadapan .. dan masih segar di dalam ingatan di mana beliau gagal menyudahkan sepakan penalti ..

Namun kini beliau bangkit dan membuktikan kenapa pengurusan PBNJ sanggup membelanjakan sejumlah wang utk mendapatkan khidmat beliau ..

2 gol dalam 2 perlawanan berturut-ii mencerminkan beliau sebenarnya mampu menjadi ” predator ” .. Mungkin juga hasil pembelajaran di Sepanyol membuatkan coach Hamzani mampu mengeluarkan something from Nico ..

Diharapkan beliau terus kekal konsisten menjaringkan gol utk membantu pasukan JDT II at least memenangi Piala Malaysia ataupun Piala FA utk mengiringi pasukan JDT bermain di level Asia ..

[AdSense-B]

KESIMPULAN

Kesemua sektor dan komponen pada perlawanan tersebut kelihatan sgt sempurna .. Tidak dinafikan mungkin kualiti Perlis tidaklah sebagus musim lepas namun pemain JDT II harus diberikan kredit ..

Aksi kesemua pemain import pada malam tersebut boleh kita klasifikasikan sebagai mantap especially di bahagian serangan ..

MOTM : GABRIEL GUERRA

Baca juga: Shakir Shaari, adakah masanya sudah tiba?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: