Asyik Terlupa Aje, Cuba Amalkan Doa Ini. Doa Untuk Menguatkan Ingatan Dan Memulihkan Dari Nyanyuk
Bolehkah ustaz berikan doa-doa untuk mengubati penyakit hilang ingatan ?
Jawapan:
Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.
Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti:
- Stress
- Banyak berfikir
- Kenangan @ kehilangan
Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit.
- Darah tinggi
- Kurang selera makan
- Tekanan darah rendah.
Pesakit hilang ingatan akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
- Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37 (di baca waktu malam)
- Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56 (di baca waktu siang)
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-A’raaf tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Setiap hari membaca doa yang diajarkan Rasulullah sebanyak 3 kali, yaitu:
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.
“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu.” (Hadis, riwayat at-Thabrani).
Dan amalkan doa di bawah 3 kali waktu lepas subuh dan 3 kali lepas asar :
Allahuma A’fini fi badani, Allahuma Afini fi sam’I, Allahuma Afini fi bashari Lailaha ila Anta. Allahuma ini A’udzubika minal Kufri wal Fakri, wa A’udzubika min adzabil Kobri Lailaha ila Anta (3x)
“Ya Allah selamatkanlah tubuhku dari penyakit, ya Allah selamatkanlah pendengaranku, ya Allah selamatkanlah penglihatanku(dari maksiat), tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau, Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepadaMu dari seksa Kubur tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau” (HR,Bukhari, Al adab al Mufrad no. 701).