Azinee Taib Mencari Peluang Di Luar Johor

Azinee Taib Merantau Mencari Peluang Di Luar Johor

Azinee Taib yang dilahirkan di Johor Bahru, memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama Johor FC ketika zaman remajanya sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, Azinee beralih ke Johor FA selama setahun. Kemudian, semasa permulaan era transformasi JDT, Azinee telah dinaikkan ke JDT.

Sepanjang tempoh Fandi Ahmad yang bertanggungjawab pada tahun 2013, Azinee bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama pada masa itu. Kemudian, dia kembali ke JDT II yang dahulunya dikenali sebagai Johor FA pada tahun 2014 untuk lebih kerap diturunkan dalam perlawanan bola sepak dan dia membuktikan kebolehannya serta mendapat penyokong.

Dia berharap untuk kembali ke JDT pada tahun 2015 tetapi tidak berjaya. Pada ketika itu JDT dibimbing oleh Bojan Hodak. Namun, ia seperti menjadi satu rahmat kerana Azinee berjaya berpindah ke Pulau Pinang walaupun secara pinjaman.

Dia membantu pasukan Harimau Kumbang untuk layak ke Liga super dengan empat golnya, manakala di Piala Malaysia dia berjaya menjaringkan tiga gol. Menariknya, Azinee mepertimbangkan untuk meninggalkan Pulau Pinang dalam jendela perpindahan April kerana kekurangan peluang dalam kesebelasan utama.

Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan berbeza untuk kekal dan berjuang untuk mendapatkan tempatnya dalam kesebelasan utama. Hasil usahanya dia berjaya mendapatkan lebih banyak masa bermain bersama Pulau Pinang.

Azinee sudah pun diperhatikan oleh JDT Mario Gomez ketika dipinjamkan ke Pulau Pinang. Pada tahun 2016 Azinee kembali ke JDT dan peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama nampak cerah selepas menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pra-musim dengan pasukan Thailand, Big Bang Chula United.

Azinee taib JDT

Selama setahun Azinee berada di JDT, dia bejaya menjaringkan 3 gol dan membantu JDT memenangi tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, FA dan Liga Super. Namun, pada tahun ini, dengan pertukaran coach kepada Benjamin Mora, nasib Azinee Taib juga berubah.

Dia diturunkan bermain bersama JDT II ketika permulaan musim 2017. Salah satu sebab dia diturunkan adalah kerana kekurangan stamina untuk kekal bermain diatas padang selama 90 minit. Namun, di JDT II dia masih kekurangan minit permainan dan dia mengambil keputusan untuk berkelana mencari peluang di luar Johor.

Kami mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat Azinee Taib. Kami sediakan satu video khas untuknya. Pastinya kederasan dan kelicikan Azinee akan kami rindui.

Baca juga: Statistik Ringkas 12 Pemain Baru JDT Musim 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: