16

Amalkan Bacaan Mudah Ini Di Dalam Hati Ketika Mengambil Wudhu Untuk Menghapuskan Dosa

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.

“Dari Abu Hurairah R.A. berkata, Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :

Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.

Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. – (H/R. Muslim, 1/148)

“Barang siapa yang berwuduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. – (H/R. Muslim, 3/113)

“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. – (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)

Maka dengan itu, ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati :

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan
“Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.

6 Kelebihan Mengambil Wuduk Yang Sempurna

Mengambil wuduk bukan sahaja syarat utama untuk menunaikan solat. Bahkan ia merupakan syarat sah bagi kebanyakan ibadah seharian kita. Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah wuduk yang kita lakukan sudah cukup sempurna? Bagaimana jika wuduk yang kita lakukan selama ini tidak sempurna?

Jadi, penting untuk kita ketahui bahawa hanya dengan mengambil wuduk dengan cara yang paling sempurna akan menghasilkan kualiti ibadah yang optimum. Admin ingin kongsikan tentang kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna agar ibadah seharian kita tidak terjejas dan yang paling penting diterima Allah, insyaAllah.

#1 Wuduk sebahagian daripada Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (HR Muslim)

#2 Wuduk yang sempurna menghapuskan dosa

“Barangsiapa yang berwuduk seperti ini )seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (HR Muslim)

#3 Wuduk mengangkat darjat manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya…)” HR Muslim

Sempurnanya wuduk kita, insyaAllah sempurnalah ibadah kita.

#4 Wuduk dapat membuka pintu ke syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tiada sorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu Alla Ilaha Illalah Wa Anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibuka untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki. HR Muslim

#5 Wuduk memberi cahaya di akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” HR Muslim

#6 Wuduk dapat membuka ikatan syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bahawa syaitan mengikat manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda baginda S.A.W:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya berwuduk, pula, bebaslah satu lagi ikatan, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” HR Muslim

Berwuduklah sebelum kita diwudukkan. Kesimpulannya, kita janganlah memandang enteng tentang pengambilan wuduk sebelum melakukan ibadah, kerana besar fadilatnya orang menjaga dan mengambil wuduk dengan sempurna. Moga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik dari hari-hari yang mendatang.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: