Bagaimana Hendak Tuntut Hutang Kawan Bawah RM5000
BILA KAWAN TAK BAYAR HUTANG?
1. Jika kita ada kawan lahabau yang buat hutang bawah RM5000, tetapi asik updated bercuti pakai baju bulu bulu.
2. Hutang kita dia tak nak bayar, bergaya macam ahli politik menang pilihanraya, lakukan ini ya.
3. Pergi mana mana mahkamah majistret terdekat, ambil borang (198) Saman Tuntutuan Kecil dikaunter. Khusus untuk kita buat tuntutan bawah RM5000.
4. Borang ini percuma sahaja perlu diisi dan diambil, kita perlukan nama penuh dia dan alamat dia. Alamat ini perlu untuk kita hantar tuntutan kecil tersebut. Jika ada salinan IC lebih baik, tak ada tak mengapa.
5. Paling penting nama penuh dan alamat. Senangnya Saman Tuntutan kecil ini kita tak perlu lantik peguam. Kita akan membela diri kita sendiri.
6. Jika dia tak hadir atau tak peduli juga, maka peluang untuk menang sangat tinggi. Maka, lakukan ini jika asik kena block di wasap atau sosial media sebab kawan malas bayar hutang.
Selamat berjuang tanpa perlu melantik peguam, kawan kita juga tak perlu lantik peguam.
Lakukan ini jika selama ini kawan hutang masih tak jalan jalan
Azizul Azli Ahmad
Hutang Budi