Marcos Antonio

Baki Saingan Liga Malaysia Diteruskan Tanpa Marcos Antonio

Laman fanpage rasmi JDT malam tadi mengumumkan Marcos Antonio akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan ACL di lutut kirinya selepas mengalami kecederaan pada malam perlawanan Liga Super menentang Perak.

Menurut laman itu, Marcos akan menjalani pembedahannya di Portugal dan akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan akan menjalani proses pemulihan. Tempoh masa untuk kembali ke aktiviti bola sepak akan diketahui pada satu masa akan datang.

[AdSense-B]

“Marcos mempunyai watak yang luar biasa dan benar-benar profesional di dalam dan di luar padang. Kami di JDT mengharapkan pemulihan yang pantas kepada salah seorang pemain paling berjaya dan digemari dalam sejarah kelab ini. ” dipetik dari kenyataan tersebut.

[AdSense-B]

Sumber: Football Tribe

Baca juga: Mohammed Ghaddar: Aset Penting Ulisses Morais Dalam Misi Kejuaraan Liga Super Ke-4 Berturut-turut.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: