Bancuhan Ikan Celup Tepung

Inilah Teknik Sebenar Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup Dan Sedap Walaupun Selepas Sejuk

Ikan celup tepung memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
  • 1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
  • Serbuk kunyit
  • Kapur makan
  • Garam secukup rasa
  • 2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung

CARA-CARA:

  1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
  2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
  3. Tambahkan garam dengan secukup rasa.
  4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.

Sumber: Nor Syahidah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: