Bangkok United 1 1 JDT (penalti 4 5) Safiq Rahim

Bangkok United 1-1 JDT (penalti 4-5): Laporan dan video highlights

JDT mara ke Piala ACL 2017 Peringkat Play-off musim ini selepas kemenangan dramatik melalui penentuan sepakan penalti 5-4 terhadap Bangkok United sebentar tadi selepas perlawanan sebenar masih terikat Bangkok United 1-1 JDT.

Dengan kedua-dua pasukan masih terikat selepas 120 minit, penjaga gol JDT Farizal Marlias menyelamatkan kedua-dua tendagan Dragan Boskovic dan Anthony Ampaipitakwong untuk bertemu dengan Gamba Osaka dari Jepin pada pusingan kelayakan yang seterusnya.

[AdSense-B]

Dengan keriuhan Stadium Thammasat, keputusan 0-0 itu akhirnya dipecahkan pada minit ke-108 apabila pemain tengah JDT Safiq Rahim menyelam untuk menanduk hantaran silang Jeronimo Barrales.

Bangkok United 1-1 JDT (penalti 4-5) Piala ACL

Kemudian, Barrales diberikan kad merah pada minit ke-112 untuk satu insiden off-the-ball, sebelum penyerang Bangkok United Jaycee John meraih gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan melalui sepakan jarak dekat.

Peringkat Play-off

JDT yang merupakan pemenang Piala AFC pada 2015, akan menghadapi Gamba Osaka di Jepun pada 7 Februari untuk merebut satu slot dalam Kumpulan H bersama dengan Adelaide United (Australia), Jiangsu FC (China) dan Jeju United (Korea Selatan).

[AdSense-B]

Bangkok United 1-1 JDT (penalti 4-5) Piala ACL Gamba Osaka

Video Highlights Bangkok United 1-1 JDT

Baca juga: Senarai pemain JDT 2017 mengikut nombor jersi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: