Inilah 7 Tanda Bateri Kenderaan Kita Sudah Sampai Masa Perlu Diganti
Adakah anda mengalami masalah bateri kong di tengah jalan? Sedikit perkongsian mengenai bagaimana cara untuk anda mengetahui keadaan bateri kenderaan, sama ada masih boleh digunakan lagi atau perlu ditukar.
1. Aci engkol berpusing perlahan
- Apabila kita cuba untuk “start” kereta, kita dapat merasakan apabila “starter” menggerakkan “crank-shaft” sedikit berat atau sedikit lama dari sedia kala. kebiasaannya mungkin kita “start” enjin kereta memakan masa dalam 3-5 saat tetapi pada ketika bateri kereta hampir “kong”, ketika “start” enjin tersebut memakan masa lebih sedikit sekitar 7-8 saat.
2. Lampu amaran timbul
- Apabila caj bateri menurun ke tahap kritikal kerana tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan naik di papan pemuka.
- Ada dua cara untuk mengenali lampu amaran itu – buka buku manual yang dibekalkan kepada anda ketika membeli kenderaan anda atau untuk yang buta huruf, terus bertanya kepada orang lain dalam Whatsapp Group.
3. Perlu bantu-mula (jump start)
- Bila kereta anda perlukan bantu mula sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah tanda besar bahawa ajal sudah hampir sampai ke bateri anda.
- Sebelum lakukan proses bantu-mula, buka manual dan pastikan cara yang betul. Maaf, tanya pada Whatsapp Group untuk pastikan cara yang betul bagi kereta anda.
4. Kotak bateri membengkak
- Jika bateri terdedah kepada suhu yang sangat melampau, ia mungkin boleh membengkak.
- Bukan, ia tidak bermaksud anda bakal dapat bateri bayi yang baharu tetapi ia menandakan bateri anda sudah rosak dan akan memendekkan jangka hayatnya.
5. Bau seperti telur busuk
- Kadang-kadang, anda memarahi suami atau isteri atau anak-anak anda kerana kentut di dalam kenderaan.
- Jangan tuduh mereka menipu kerana bateri juga boleh menghasilkan bau busuk seperti telur busuk itu.
- Apa yang terjadi ialah telah berlaku litar pintas pada bateri anda dan asid sulfurik mungkin sudah bocor dan melepaskan gas busuk itu. Ini sangat merbahaya kerana ia mampu merosakkan komponen lain di dalam kenderaan anda.
6. Alarm berbunyi tidak menentu menandakan bateri kong.
- Kebiasaanya kereta yang berbunyi alarm tidak tentu adalah kereta model TOYOTA atau PROTON. Ini juga menandakan bateri kereta anda dalam keadaan tidak berapa baik. Akan tetapi untuk langkah yang lebih baik anda juga haruslah memeriksa bateri ‘remote atau alarm remote’ kenderaan tersebut.
7. “Range” dan level minyak dalam keadaan yang berbeza
- Untuk tanda bateri ‘kong’ ini biasa berlaku pada kereta berjenama PERODUA yang mempunyai meter memaparkan ‘RANGE” kilometer untuk anda bergerak berdasarkan pada level minyak. akan tetapi apabila bateri anda dalam keadaan tidak baik, ‘RANG’ tersebut akan menunjukkan kilometer yang berbeza daripada kebiasaan contohnya: PERODUA MYVI untuk 3 bar minyak “RANGE”= 115 km. tetapi bila bateri ‘kong’ 3 bar minyak ‘RANGE’ 50 km.
Sekian sahaja untuk perkongsian bagaimana nak tahu status kesihatan bateri kereta anda. Jangan bateri kong di tengah jalan, baru nak cek. Tak pasal-pasal kena call towing pulak. Semoga membantu anda sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: Careta
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: