Betul Ke Buah Pinggang Akan Rosak Jika Terlebih Minum Air? Ini Penjelasannya
Air merupakan elemen yang sangat penting dalam hidup kita. Malah tanpa air manusia boleh berdepan maut jika tkandungan air dalam badan tidak mencukupi.
Dalam kehidupan harian kita juga jumlah pengambilan air juga sangat penting. Jadi apakah faktor-faktor yang menentukan jumlah air yang harus kita ambil dalam sehari?
1. Berat Badan
Semakin besar atau lebih berat badan seseorang itu, maka lebih banyak air yang diperlukan.
2. Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan cecair. Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk senaman yang ringkas, tetapi senaman yang berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak.
3. Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.
4. Berada pada tempat yang amat tinggi
Tahap ketinggian yang lebih daripada 8200 kaki (2,500 meter) boleh mengakibatkan pembuangan air kecil yang lebih kerap serta pernafasan yang lebih cepat. Penggunaan rizab cecair yang berlebihan akan mendorong kita untuk minum air yang lebih.
5. Berada dalam iklim yang sangat panas atau sejuk
Cuaca yang panas atau lembabp boleh membuat kita berpeluh dan memerlukan pengambilan tambahan cecair. Udara dalaman yang dipanaskan juga boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan semasa musim sejuk.
6. Ketika sakit atau kurang sihat
Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah atau cirit-birit, badan kita kehilangan banyak cecair (dehidrasi). Dalam keadaan ini, anda mesti minum lebih banyak air. Dalam kes jangkitan pundi kencing atau batu saluran kencing, cecair tambahan juga diperlukan.
Apa akan terjadi jika minum lebih air?
Sekiranya badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya boleh mendapat sakit buah pinggang.
Walau apapun, bersederhanalah dalam pengambilan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 4 liter air sehari bagi terutamanya jika anda berdiet atkins. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.