BUAH ROCKMELON

Untuk Mereka Yang Tak Suka Buah Oren, Inilah 13 Buah-buahan Paling Tinggi Kandungan Vitamin C

Fungsi utama vitamin C untuk tubuh badan sangat penting bagi pembentukan kolagen, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu penyerapan zat besi. Kurang vitamin C dalam badan boleh menyebabkan sesetengah sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya.

Kalau selama ini kita cuma kenal vitamin C dari buah limau dan oren, berikut adalah 13 lagi buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C.

1. BUAH JAMBU BATU

Kandungan vitamin C dalam jambu batu hampir 2 kali ganda lebih banyak dari buah oren. Dalam 100 gram buah jambu batu, mengandungi 108 mg vitamin C. Buah jambu batu yang berkualiti juga dapat merawat masalah sakit berkaitan perut.

2. BUAH OREN

Sebiji oren membekalkan 50-70 mg vitamin C sesuai dengan keperluan badan. Buah oren juga merupakan sumber serat, folat, antioksidan, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan badan.

3. BUAH EPAL

Kandungan vitamin C dalam setiap 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg. Sebiji buah epal mengandungi lebih kurang 80 kalori. Buah epal sangat kaya dengan flavonoid, antioksidan yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan kanser.

4. BUAH DELIMA

Sebiji buah delima membekalkan 40 % keperluan vitamin C harian kita. Buah delima mengandungi serat, folat, kalium, niasin, vitamin A dan vitamin E.

Antiosianidin dalam buah delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoarthritis, alzheimer, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat dan leukemia.

5. BUAH KIWI

Buah kiwi mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren. Selain mengandungi vitamin C, buah kiwi merupakan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin E.

6. BUAH ANGGUR

Setiap 100 gram buah anggur mengandungi 10.8 mg vitamin C. Buah anggur merah mengandungi zat besi, kalium, serat dan tinggi antioksidan.

7. BUAH STRAWBERI

Bagi pesakit diabetes type 2, buah strawberi adalah penawar organik terbaik sekali gus mencegah penyakit jantung. Dalam 147 gram buah strawberi mengandungi 86.5 mg vitamin C.

8. BUAH BETIK

Buah betik merupakan satu-satunya buah yang mengandungi enzim pencernaan semulajadi untuk membantu mencerna protein tidak perlu dari dalam badan. Dalam 150 gram buah betik mengandungi 90 mg vitamin C. Kalau nak detoks, anda memang digalakkan makan buah betik untuk mencuci usus.

9. BUAH AVOKADO

Buah avokado mengandungi zat besi dan vitamin E yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Sebiji buah avokado mengandungi 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

10. BUAH DURIAN BELANDA

Setengah biji buah durian belanda sudah cukup bagi memenuhi keperluan vitamin C harian kita sebab ia mengandungi tinggi vitamin dan serat. Buah durian belanda merupakan ejen antioksidan yang sangat baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh badan dan melambatkan proses penuaan.

Serat yang terkandung dalam buah durian belanda sangat baik untuk membantu sistem pencernaan dan detoksifikasi.Buah durian belanda juga mengandungi fosforus dan kalsium yang bertindak menjaga kesihatan tulang dan sekali gus mencegah osteoporosis.

11. BUAH MANGGA

Sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 60 mg vitamin C yang hampir sama dengan keperluan harian yang disarankan. Antioksidan dalam buah mangga membantu mencegah artritis, mempercepatkan proses penyembuhan dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.
12. BUAH ROCKMELON

Dalam sepotong buah rockmelon mengandungi 49.2 mg vitamin C dan juga kaya dengan serat dan vitamin A.

13. BUAH TOMATO

Buah tomat merupakan sumber vitamin C termurah yang mengandungi Lycopene (salah satu karotenoid yang kuat) bertindak sebagai antioksidan. Dalam sebiji buah tomato bersaiz sederhana mengandungi 23 mg vitamin C.

Semoga memberi manfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: