Buat Sendiri Peanut Butter Di Rumah, Resepi Peanut Butter Homemade Tanpa Pengawet
Cuba bayangkan, perut tengah lapar. Masuk dapur, ada sebuku roti Gardenia. Walaupun taglinenya sungguh enak dimakan begitu sahaja, tapi korang memilih nak sapu dengan Peanut Butter. Sekali bukak peti ais, peanut butter dah HABIS! Ataupun berkulat. Aisey. Nampaknya kena makan begitu sahajalah jawabnya.
Tapi, korang bayangkan ini pulak, korang tahu resipi nak buat peanut butter sendiri. Jadi, korang keluar, pegi supermarket terdekat, beli bahan-bahan untuk buat Peanut Butter sendiri! Atau, kalau malas, beli ajelah peanut butter.
Kalau nak cuba buat home made peanut butter, bahan-bahannya adalah :
- 500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
- Madu asli
- Virgin Olive oil
- Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Untuk bahan, jangan tanya lebih-lebih. Contoh – guna madu lain boleh ke tidak, olive oil kalau tak virgin boleh ke tidak. JANGAN. Ini semua bahan asas sebagai rujukan. Nak ubah, silakan. Kalau tak jadi, jangan marah. Hehehe. Bahan diatas untuk pilihan yang lebih sihat ye.
Cara -caranya :
- Blend/kisar kacang yang telah dibuang kulit tadi. Tambah secubit garam.
- Kisar sehingga halus. (ini bergantung kepada selera korang) nak kasar-kasar, simpan sikit yang kasar. Nanti masukkan. Yang penting, untuk dapatkan tekstur, kisar halus.
- Tambahkan olive oil dan madu. Ini kena gunakan kepakan korang, tapi, kalau ikut resipi, satu sudu. (Boleh lebihkan kalau minyak dari kacang tu tak berapa nak keluar)
- Dah selesai. Simpanlah dalam botol dan peti sejuk kalau nak tahan lama.
- Kalau nak rasa ketul-ketul kacang tu, tambah kacang yang diblend kasar masa korang kacaukan olive oil dan madu tadi.
Kalau manis, adjustlah. Kurangkan madu, kalau nak masin sikit, tambah lagi garam. Selamat mencuba!