Budak Lelaki 6 Tahun Derma

Budak lelaki 6 tahun derma 35 set Happy Meal hasil jualan amal koleksi mainan peribadi

Semalam tular di laman Twitter, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun menjual koleksi mainan yang dimilikinya di laman rumahnya untuk belanja set Happy Meal untuk gembirakan anak-anak yatim.

Ramai di kalangan kita mengetahui pahala menyantuni anak-anak yatim adalah setanding dengan pahala orang berjihad.

Idea untuk sedekah bermula apabila melihat maskot Mickey Mouse di McDonalds

Menerusi ciapan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Adawiyah, dia tidak menyangka bahawa keputusan yang dibuat oleh anak lelakinya untuk menjual koleksi mainan adalah berpunca daripada maskot Mickey Mouse yang dilihat di McDonalds.

Jelasnya, sebaik sahaja anak sulungnya itu melihat maskot tersebut seakan meminta sedekah, kanak-kanak lelaki itu terus memberi idea mahu membantu kawan-kawan yang tidak berkemampuan.

Buat jualan garaj jual koleksi Hot Wheels dan monster truck depan rumah

Tambah Adawiyah, niat murni anaknya itu tidak terhenti di situ sahaja sebaik membelanjakan 35 set Happy Meal kepada sekumpulan anak-anak yatim.

Dilihat, anaknya, Sayf Mecca pada keesokan harinya menyambung semula jualan garaj di hadapan rumah di Pandan Indah, Ampang.

Difahamkan, Sayf Mecca sanggup menjual koleksi hotwheels dan monster truck miliknya dengan harga dari RM 2 sehingga RM5.

Kecil2 sudah berjiwa mulia

Perkongsian daripada ibu kepada kanak-kanak itu telah menarik perhatian warganet dengan mengatakan bahawa adik Sayf Mecca seorang yang berjiwa besar dan mulia dalam membantu golongan yang memerlukan.

Kalah orang dewasa!

Satu famili berhati mulia

Selain itu, terdapat seorang pengguna Twitter lain yang mendedahkan bahawa sebelum ini, bapa kepada budak lelaki itu yang dikenali sebagai Amy pernah membuat jualan amal demi membantu orang susah.

Semoga lebih ramai yang berjiwa besar seperti adik ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi yang ‘sembam’ sekarang ini.

Sumber: Twitter _weahxx

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: