Kekuatan Luarbiasa Orang Yang Single & Hidup Sendiri

Bukan ‘Loser’, Tapi Ini Kekuatan Luarbiasa Orang Yang ‘Single’ & Hidup Sendiri – Pakar Psikologi

Sesetengah orang lebih memilih untuk hidup bersendirian. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan.

Cara hidup solo juga semakin mendapat tempat bagi yang lebih memilih untuk hidup berdikari termasuk wanita.

Dalam waktu pandemik ini, semakin ramai yang terpaksa tinggal bersendirian.

Namun, hidup bersendirian juga ada kebaikannya dari segi psikologi.

Menurut artikel dari Psychology Today, cara hidup solo dapat membantu seseorang untuk membina personaliti menarik yang sangat unik.

Jom kita kenali ciri-ciri menarik bagi orang yang memilih untuk hidup bersendirian.

KELEBIHAN ORANG YANG ‘SINGLE’ & TAK KISAH HIDUP SENDIRI

1. CENDERUNG BERSIKAP EXTROVERT DAN BERSIKAP LEBIH PERAMAH

Berbanding dengan orang yang takut untuk hidup ‘single’, orang yang selesa hidup bersendirian biasanya memiliki sikap extrovert. Mereka didapati lebih peramah dan mudah didekati.

Secara purata, kajian mendapati orang ‘single’ cenderung untuk mempunyai lebih ramai kawan berbanding dengan orang yang sudah berkahwin.

Mereka juga sangat menghargai nilai hubungan dengan rakan-rakan, keluarga dan jiran terdekat.

2. MEMPUNYAI HATI YANG LEBIH KENTAL

Kita biasanya menganggap orang ‘single’ mudah stres dan cepat sedih kerana selalu bersendirian. Namun, disebabkan sudah biasa hidup solo, golongan ini tidak mudah sedih jika dikecewakan.

Satu lagi personaliti menarik yang sentiasa ditunjukkan oleh golongan yang selesa hidup ‘single’ ini ialah hatinya yang cukup kental.

Walaupun sentiasa menghabiskan masa berseorangan, mereka jarang berasa sunyi atau tertekan. Mereka juga sangat menghargai waktu yang dihabiskan bersendirian.

3. SENTIASA BERFIKIRAN TERBUKA

Orang yang selesa hidup sendirian tidak semestinya berfikiran sempit, atau cepat naik angin. Menurut kajian, golongan ini lebih cenderung untuk berfikiran terbuka. Sikap keterbukaan ini juga membuatkan mereka mudah untuk menerima pendapat orang lain.


Kredit Foto : thedailymeal.com

4. BIJAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Disebabkan gaya hidup bersendirian, setiap keputusan yang dibuat akan memberikan kesan besar kepada diri sendiri. Oleh itu, golongan ini biasanya amat teliti dalam membuat keputusan.

Mereka lebih berhati-hati dan berfikir masak-masak dahulu sebelum membuat pilihan.


5. MEMILIKI STANDARD TERSENDIRI DALAM BAB HUBUNGAN

Memang tidak dinafikan orang yang sudah biasa hidup bersendirian sukar untuk memulakan hubungan baru.

Bukannya sebab trauma dengan hubungan lepas, tetapi golongan ini lebih mementingkan hubungan yang berkualiti dan mempunyai standard tersendiri dalam hubungan.

Golongan ini juga tidak takut untuk memutuskan hubungan jika ia tidak berpuas hati dengan pasangan.

Mereka juga jarang terpengaruh dengan pendapat orang lain jika berkaitan dengan hal peribadi.

KESAN POSITIF HIDUP BERSENDIRIAN

Bagi yang tidak pernah tinggal bersendirian sebelum ini, anda mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Jika anda sudah biasa, anda pasti dapat merasakan pelbagai kesan positif bagi yang tinggal bersendirian.

Antaranya ialah :

1. Dapat Refleksi Diri Dan Fahami Emosi Sendiri Dengan Lebih Baik

Disebabkan terlalu sibuk menjalani kehidupan, masa berjalan terlalu pantas sehingga kita tiada masa untuk diri sendiri. Anda boleh gunakan peluang berseorangan ini untuk refleksi diri dan fokus kepada kesihatan mental anda.

Dengan bersedirian, anda juga berpeluang untuk memahami diri sendiri dengan lebih dekat.

Apa yang menggembirakan, menyedihkan, dan merunsingkan anda? Dengan mengenali emosi diri, anda dapat mengawal perasaan dengan lebih mudah pada masa akan datang.

2. Dapat Menjadi Lebih Produktif

Bekerja di pejabat dengan rakan sekepala memang seronok, namun ia juga boleh memberi kesan kepada tahap produktiviti anda. Pada waktu pandemik ini, ramai juga yang terpaksa bekerja bersendirian di rumah.

Dengan ruang dan masa anda sendiri, anda boleh menjadi lebih produktif dalam bekerja kerana kurang gangguan. anda juga dapat bekerja dengan lebih selesa dengan persekitaran yang lebih peribadi.

3. Tidak Perlu Fokus Untuk Menggembirakan Orang Lain

Kadang-kala, sesetengah hubungan memerlukan komitmen yang tinggi supaya terus kukuh. Bila anda bersendirian, anda tidak perlu terlalu fokus untuk menggembirakan orang lain.

Kita juga tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk memberikan pendapat.

Cara hidup bersendirian ini juga memberi peluang kepada anda untuk percaya kepada naluri sendiri dan membuat keputusan tanpa memerlukan pendapat orang lain.

Dalam cara seseorang menjalani kehidupan, tiada yang benar atau salah. Mungkin orang ‘single’ nampak kesunyian, namun cara hidup solo juga ada sisi baiknya.

Mereka dapat fokus kepada diri sendiri di samping membina personaliti unik yang hanya boleh didapati apabila hidup berseorangan.

Mereka juga dapat fokus dalam mengutamakan emosi sendiri dan dapat menjadi lebih produktif dalam bekerja.


JADI, TAK PERLU MALU JIKA MASIH SINGLE!

Jadi, jangan berasa malu atau sedih jika jodoh anda masih belum sampai.

Dengan pengalaman anda hidup bersendiri, mudah-mudahan pengalaman yang anda bakal lalui akan memberi kekuatan dan pemilihan yang lebih tepat dalam berpasangan.

Sumber rujukan:

https://www.psychologytoday.com/us/blog/living-single/201706/the-badass-personalities-people-who-being-alone
https://awarenessact.com/researcher-sugges-people-who-like-to-be-alone-are-pretty-badass/
https://www.lifehack.org/articles/communication/when-you-start-enjoy-being-alone-these-10-things-will-happen.html

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *