KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI 2

Cantik & Unik, Jom Cuba Resepi Kek Batik Versi Biskut Jejari!

Masa kecil dulu korang mesti selalu makan biskut jejari ini kan? Tetapi zaman sekarang ini, mereka variasikan pulak biskut jejari menjadi kek batik. Sangat cantik dan unik kejadian kek batik versi biskut jejari, yang penting mestilah sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan Alia Cheeszif di Facebook.

KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI

BAHAN-BAHAN

2 cawan Milo

1/2 tin susu pekat

1 sudu besar serbuk koko

1 buku Buttercup

1 paket biskut jejari

1 sudu esen vanila

CARA PENYEDIAAN

Cairkan mentega dalam periuk. Bila dah cair masukkan susu pekat, gaul sebati dengan api sederhana.

Masukkan Milo, serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai sebati. Pastikan tiada Milo berketul-ketul.

Masukkan esen vanila kacau dan tutup api. Susun biskut jejari ke dalam bekas.

Tuang adunan Milo tadi. Susun lagi dan tuang adunan. Buat sampai habis.

Sudah habis, simpan dalam peti ais selama 4 jam. Untuk memudahkan potong, keluarkan 30 min sebelum potong. Siap dan boleh dimakan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *