Bawang Goreng Renyah 1 1024×683

3 Tip Penting Cara Buat Bawang Goreng Agar Tahan Lama, Kekal Rangup & Tak Lembik

Bawang goreng memang sedap ditabur pada masakan seperti sup, bubur, mee dan sebagainya sebagai penambah aroma dan rasa. Walaupun sekadar bawang goreng, jika tak tahu cara buatnya boleh sebabkan bawang lembik, tak rangup dan mudah lemau. Kalau beli di kedai pula, susah nak menepati citarasa yang diinginkan. Selalu bawangnya dah digoreng lama, masuk angin ditambah perisa tambahan malah jika nasib tak baik berbau hapak!

Ok ni hakak nak kongsikan cara buat bawang goreng..simple je. Tips ni dapat daripada kakak ipar yang memang rajin buat bawang goreng sendiri di rumah berbanding beli di kedai. Memang sangat sedap, kekal rangup, tahan lama dan wangi dengan aroma bau bawang yang baru digoreng.

Bahan-Bahan:

  • 15 biji Bawang Ros/ Bawang merah kecil
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Tepung Beras
  • Sedikit Beras
  • Minyak Masak (Untuk Menggoreng)

Cara Membuat:

  1. Kupas kulit bawang dan JANGAN dibasuh. Hanya perlu lapkan bawang tersebut dengan kain lembap atau tisu.
  2. Hiris nipis bawang-bawang tersebut.
  3. Hanya perlu tabur tepung pada bawang yang telah dihiris dan ratakan . TAK perlu letak air.
  4. Perasakan dengan sedikit garam.Gaul rata.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang.
  6. Goreng bawang sehingga keperangan dengan api yang paling kecil. Pastikan sentiasa kacau ketika menggoreng bagi menggelakkan bawang hangit.
  7. Toskan bawang goreng tersebut dengan tapis yang telah di alas tisu dapur. Biarkan ia sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.Boleh dapat bawang goreng dalam satu bekas saiz sederhana. Jimat dan pasti puas hati.

Siap, Selamat mencuba!

Info Ekstra!

  • Bawang yang dibasuh akan menyebabkan ia lembik setelah digoreng.
  • Boleh juga gunakan hanya salah satu tepung, sama ada tepung beras atau tepung gandum. Terpulang ikut citarasa.Fungsi tepung untuk merangupkan bawang goreng tersebut.
  • Untuk elak hangit atau terlampau garing, ketika menggoreng agak-agak bawang dah hampir keperangan terus angkat dan letak dalam penapis. Minyak panas sedia ada pada bawang akan merangupkan bawang tersebut dalam penapis.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: