Susu Strawberi Korea Dengan Jeli, Memang Fresh

Cara Buat Susu Strawberi Korea Dengan Jeli, Memang Fresh!

Alahai, PKP disambung lagi. Apa la yang nak dibuat hari-hari di rumah. Mesti asyik makan dan minum. Apa kata kali ini anda cuba pula susu strawberi bersama jeli yang merupakan resepi dari negara Korea. Sekarang ni kan masih tak boleh nak melancong, jadi inilah masanya kita cuba minuman Korea ini di rumah sahaja. Jom try!

BAHAN-BAHAN SUSU STRAWBERI KOREA

-20 biji buah strawberi dicuci bersih (ikut nak letak banyak atau sikit)

-130gram gula (ikut juga kepada keinginan masing-masing)

-Air buah lemon

-Jeli strawberi

-Susu full cream

-Ais

CARA-CARA

1.Blend secara kasar buah strawberi


2.Kemudian, masak strawberi yang sudah dikisar bersama gula sehingga pekat.

3.Setelah masak, tuang ke dalam bekas. Masukkan jeli, ais dan juga susu. Anda juga boleh gunakan yougurt untuk gantikan susu.

Selamat mencuba!

Sumber: @cookingwithhel

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: