Cara DIY Pewangi Tandas Bau Kayangan

Cara DIY Pewangi Tandas Bau Kayangan, Tak Sangka Memang Harum Baunya

Kebersihan tandas perlu sentiasa dititikberatkan kerana jika dibiarkan pasti akan berbau busuk. Selain menggunakan pewangi dibeli di kedai, boleh juga cuba DIY pewangi tandas dengan menggunakan 2 bahan utama sahaja.

Walaupun 2 bahan tetapi hasilnya memang tak sangka dan mampu bertahan lama berbanding pewangi lain. Barulah tak malu tetamu datang rumah. Tak ada lah bau macam tandas awam. Betul tak?

CARA DIY PEWANGI TANDAS, BAU TAHAN LAMA & JIMAT DUIT

Ikuti perkongsian Azzira Razak di bawah.

Bahan-bahan:

  • Span
  • Pewangi
  • Cawan kosong

Cara-cara:

1. Gunting span bentuk dadu. Kemudian masukan ke dalam cawan. Tak kisah cawan apa, boleh sahaja.

2. Campurkan dengan sedikit pewangi baju pilihan anda dan letakkan di dalam bilik air.

Hasilnya memang puas hati. Bau tidak terlalu menyengat tapi selamat dan tahan lama.

Selain diletakkan di dalam tandas, boleh juga letakkan di dapur, ruang tamu, bilik dan tempat lain untuk kekal wangi seperti di hotel.

Selamat mencuba!

Sumber: Azzira Razak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: