Musibah

Cara Menghadapi Musibah dan Doa Ditimpa Musibah

Apa itu musibah? Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Sesuatu yang biasanya tidak disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita.

Tapi apa yang pasti, semua orang akan mengalami musibah, tetapi dalam bentuk yang berbeza dan sesuai dengan kekuatan diri masing-masing. Allah menyebut di dalam surah Al Baqarah: ayat 286 yang antaranya bermaksud ” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”

Jadi, perkara pertama yang perlu kita letakkan dalam kotak minda kita apabila ditimpa musibah adalah ianya datang daripada Allah dan pasti kita akan dapat menghadapinya.

Sebelum Musibah

Musibah sememangnya tidak dapat diduga oleh manusia. Ianya boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan sekiranya musibah datang melanda diri kita. Antara perkara yang perlu sentiasa kila lakukan untuk memberikan kita kekuatan sebelum menerima musibah adalah:

Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.

Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.

Selepas Musibah

Apabila musibah melanda, itu adalah menjadi tanda kepada 2 perkara. Sama ada musibah yang melanda adalah merupakan satu ujian atau merupakan satu penghapusan dosa. Oleh itu apabila berlaku musibah, ini adalah perkara yang boleh kita lakukan.

  • Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahi-wa-inna-ilaihi-rojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah.
  • Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa?
  • Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
  • Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan Allah.
  • Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
  • Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
  • Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada Allah.

Saya doakan semua rakan-rakan diluar sana akan terus bersabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda. Semoga anda terus diberikan kekuatan dan keteguhan iman yang bertambah.

Ingatlah, apa pun yang berlaku, semuanya telah lama berada dalam perancangan Allah. Allah adalah sebaik-baik perancang. Terima kasih kerana membaca Cara Menghadapi Musibah dan Doa Ditimpa Musibah. Salah silap dalam artikel ini harap ditegur dengan hikmah dan dimaafkan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: