Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Merawat Mata Ketumbit Hanya Guna 4 Bahan Saja
Bila terjadinya mata ketumbit, pasti rasa malu nak berdepan dengan orang ramai kerana bimbang diperli rakan-rakan. Ini kerana mata ketumbit sering dikaitkan dengan tabiat suka mengintai orang mandi. Sebenarnya semua itu hanyalah mitos semata-mata.
Menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
Cara-cara merawat mata ketumbit
Peralatan untuk merawat mata ketumbit
1. Bersihkan kelopak mata
2. Ambil air suam & sudu besi
3. Celupkan sudu
4. Rasakan kepanasan sudu dahulu
5. Tuamkan sudu pada kelopak mata
6. Masukkan ubat antibiotik ke dalam mata
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk
Tinggalkan Komen