Masak Ikan Buntal

Cara Nak Bersihkan Ikan Buntal & Rasai Kelainan Masakan Dengan Cuba Resepi Istimewa Ikan Buntal Ini

Makanan laut memang ada banyak jenis, dari yang kita biasa makan dan jumpa dekat kedai, sehinggalah yang sangat jarang dimakan.Mungkin ada segelintir dari kita yang baru sahaja dengar nama ikan ini, terus takut untuk makan, tapi ianya adalah salah satu hidangan istimewa khususnya buat penduduk di perkampungan nelayan Sabah dan Sarawak.

Ikan buntal, bukanlah satu pilihan hidangan ikan yang dinikmati semua orang, namun sekiranya ingin cuba untuk masak dan rasa apa yang lain tentang ikan ini, boleh ikuti resepi ikan buntal ini, yang mana dikongsikan oleh Abel Lione Karia ini.

Resepi Istimewa Ikan Buntal

Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak share cara-cara untuk bersihkan ikan buntal dan cara nak masak ikan ni. Walaupun agak leceh nak sediakan tapi hasilnya memang memuaskan. Betullah kata orang makanan yang paling susah disediakan itula paling sedap dimakan.

Jom tengok cara saya sediakan ni. Selamat mencuba.

BAHAN

  • Ikan buntal
  • Bawang merah yang kecil dalam 10 ulas
  • Serai 10 batang
  • Halia size ibu jari
  • Bawang putih 10-15 ulas
  • Kunyit atau serbuk dalam 1 sudu kecil
  • Lada ikut tekak nak pedas macam mana
  • Perasa
  • Minyak untuk tumis
  • Air 1 cawan

CARA

1. Rebus dulu ikan buntal dengan serai dalam 4 batang.

2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perut tu.

3. Selepas duri dah dibuang panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan tumis.

4. Tumis bahan sampai garing dan naik bau baru jatuhkan hati ikan buntal dia sampi sebati..

5. Last baru letak ikan buntal gaul smpi smua sebati masak..baru letak 1 cawan air supaya boleh berkuah sedikit, tunggu mendidih baru tutup api. Siap.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: