Cara Tampal Cermin Tanpa Bingkai Di Dinding, Modal Tak Sampai RM20 Pun
Semakin ramai yang suka tampal cermin tanpa bingkai di rumah, bukan suka-suka tapi sebab kesannya akan nampakkan ruang tamu lebih luas dan cantik.
Tetapi nak pasang cermin tanpa bingkai ini tak mudah kalau tak tahu caranya. Jadi kalau ada sesiapa yang dah lama mengidam nak hias rumah dengan cermin tanpa bingkai ini, boleh baca perkongsian saudara Muhamad Zafri Dan Isteri…
Pasang Cermin Tanpa Bingkai
Sekadar perkongsian. Lots from ikea. Tampal guna gam silikon. Alhamdulillah selamat dan meyakinkan bagi rumah yang ada banyak kucing.
Sebelum ni guna tape biasa, tapi ada ruang celah cermin untuk kucing-kucing panjat sampai ke atas, akhirnya selamat ke lantai. Abaikan cermin yang berkabus kabut. Belum sempat bersihkan kesan gam silikon.
Ada rezeki kita sambung sampai atas. Modal pistol dan gam tak sampai rm20. Hah, ada mak-mak yang nak pasang cermin ni dekat meja makan? Sila cari gam tu dulu, ya! In shaa Allah hasilnya tak berderai jatuh ke bawah.