Cendawan Tak Lembik

Cendawan Tidak Lembik & Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Ini Petuanya

CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan ‘Fungi’. Saya pasti ramai diantara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan.

Terdapat beberapa laporan dari kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan baarah.

Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun. Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.

Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.

Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama. Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.

Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan segar
  • Kertas surat khabar

CARA-CARA:

  1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
  2. Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
  3. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.

Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.

Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.

Selamat mencuba.

Sumber: petuaibu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: