Fidyah Puasa 1 1 630×408

Dah Ganti Puasa? Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Bagaimana Kiraannya?

Ramadan bagi tahun ini kian menjelma

Tinggal kurang dari dua bulan sahaja sebelum bulan puasa kembali lagi. Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia, bulan Ramadan.

Salah satu persoalan yang paling popular dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Sudahkan anda mengganti puasa?”, terutamanya dalam kalangan kaum Hawa.

Biasalah, diantara dua jantina ini, memang kaum wanita yang pasti ada hari-hari tertentu yang mana mereka tidak boleh berpuasa. Tetapi ada juga dalam kalangan kaum lelaki yang tidak diwajibkan berpuasa, misalnya ketika sakit ataupun yang bekerja sebagai buruh kasar.

Sementara masih boleh qadha puasa ini, disarankan untuk menggantikan puasa secepat yang mungkin. Nanti tidak pasal-pasal, kena bayar Fidyah pula.

Apakah tu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB .

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Bagaimana hendak membayar Fidyah? Di mana harus membayar Fidyah? Jikalau sudah bertahun tidak mengganti puasa bagaimana pula? Macam-macam persoalanan akan timbul tentang perkara ini.

Seorang pengguna Twitter telah membuat satu perkongsian berbentuk thread menjelaskan tentang Fidyah secara ringkas dan padat

Perkongsian oleh pengguna @acaiijawe atau nama sebenarnya, Faisal Rahim yang menjelaskan tentang hukum, kaedah, cara pengiraan serta pendapat ulama’ berkenaan dengan fidyah itu walaupun ringkas namun sangat mudah untuk difahami oleh orang ramai.

Berikut adalah thread penuh perkongsian saudara Faisal:

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Tak sabarnya nak tunggu bulan Ramadan!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: