Laut Aral yang pernah muncul sebagai laut keempat terbesar di dunia, kini kering sepenuhnya buat pertama kali pada tahun 2014. Perubahan terbesar pada laut yang terletak di tengah Gurun Kyzylkum itu didedahkan imej satelit Terra kepunyaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), baru-baru ini.
Dalam gambar itu, NASA menunjukkan perubahan drastik yang berlaku pada laut itu bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2014, lapor Mail Online.
Laut Aral mengalami perubahan mendadak selepas Kesatuan Soviet pada sekitar 1960-an melaksanakan projek lencongan air utama di gurun yang memisahkan tiga negara iaitu Kazakhstan, Uzbekistan dan sebahagian Turkmenistan.
Dua sungai utama yang mengalir ke Laut Aral pada ketika itu yang mendapat punca airnya daripada salji dan air hujan dari gunung berhampiran, digunakan bagi mengubah gurun itu kepada kawasan pertanian.
Sebelum projek itu dilaksanakan, dua sungai itu, Syr Darya dan Amu Darya mengalir dari gunung melalui kawasan barat laut Gurun Kyzylkum sebelum membentuk takungan di bahagian paling rendah lembangan tersebut.
Projek pengairan itu menyuburkan padang pasir, tetapi membawa kesan teruk kepada Laut Aral dengan kesan pengeringannya jelas dilihat pada tahun 2000 selepas kawasan tasik membentuk beberapa bahagian takungan air.
Kini, Laut Aral yang mengering memberi kesan besar kepada kehidupan nelayan dan penduduk yang bergantung hidup kepada tasik itu.
Selain itu, habuk dari dasar tasik yang ditiupkan angin turut memberi kesan kepada tanaman yang memerlukan air lebih banyak kerana habuk tersebut tercemar dengan bahan kimia sekali gus mendedahkan penduduk kepada masalah kesihatan.
Malah menurut NASA, kehilangan pengaruh air di Gurun Kyzylkum turut mengakibatkan suhu melampau di kawasan itu yang menjadikan musim sejuk bertambah sejuk dan musim panas menjadi lebih kering.
LAUT BESAR DAHULUNYA
Berjuta-juta tahun yang lalu, bahagian barat laut Kazakhstan, dan selatan Uzbekistan telah diliputi oleh laut besar di darat. Tetapi kini lautan garam daratan keepat terbesar di dunia tersebut (Laut Aral) telah lenyap. Kenyataan ini lah yang berlaku di bahagian barat laut Kazakhstan, dan selatan Uzbekistan
Laut Aral dilihat dari ruang angkasa tahun 1985
Lautan berkeluasan 68,000 kilometer persegi ini pernah menjadi lokasi industri perikanan yang berkembang maju, kini merupakan laut yang hanya 10% daripada saiz asal, terlalu masin dan tercemar untuk menyokong kehidupan ikan dan haiwan-haiwan air yang lain.
SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENGECUT DAN “HILANG”
Aliran air secara mendadak ini mengurangkan aliran sungai, menyebabkan Laut Aral mengecut sebanyak lebih daripada 50%, kehilangan dua pertiga daripada jumlah itu, dan sangat meningkatkan tahap kemasinannya.
Pada kadar semasa penurunan, Laut Aral mempunyai potensi untuk hilang sepenuhnya menjelang 2020!
LAUT ARAL BANGKIT DARI KEMATIAN
Usaha berterusan yang sedang berlangsung di Kazakhstan untuk menyimpan dan mengisi Laut Aral Utara. Pada tahun 2005, Empangan Kokaral dibangunkan untuk mengawal masuknya air yang berasal dari Syr Darya. Hasil usaha dari pembinaan empangan ini tingkat air telah naik 24 meter tahun 2008. Namun, prospek untuk sisa-sisa Laut Aral Selatan tetap suram.
Namun kini Laut Aral bangkit dari kematiannya. Air mulai membasahi sebahagian kawasan dan ikan kembali meramaikan ekosistem tempatan. Bibir pantai yang pada mulanya berada 100 kilometer dari kota pelabuhan Aral, kini hanya berjarak 20-25 kilometer bergantung pada kondisi cuaca. Sejumlah desa nelayan juga kembali bermunculan di sekitar danau.
Kembalinya air dan ikan ke Laut Aral turut memicu kebangkitan industri perikanan tempatan. Populasi ikan mengalami lonjakan pesat terutama sejak kadar garam pada air mulai jauh berkurang. Situasi tersebut juga meringankan beban perekonomian. Kini kota Aral dipenuhi tempat pengolahan ikan. Sebahagian kecil penduduk juga mulai berdagang perlengkapan perikanan seperti barangan keperluan perahu.
Namun begitu Laut Aral belum sepenuhnya pulih. Industri perikanan tempatan yang muncul saat ini masih tergolong kecil dibandingkan beberapa dekad silam. “Aral belum jadi laut sepenuhnya,” kata Sagnai Zhurimbetov, seorang nelayan tempatan. “Laut yang lama punya ombak setinggi hingga tujuh meter,” tuturnya.