Rezeki

Mari Kita Cuba Memahami Bahawa Dalam Rezeki Kita Ada Juga Rezeki Orang lain

Kita biasa mendengar orang berkata,dalam rezeki kita ada rezeki orang.Secara ringkas kita lihat ada bahagian rezeki kita yg mungkin berkongsi dengan orang iaitu yg wajib adalah zakat dari bahagian rezeki wajib diberi kpd asnaf,yang sunat ialah sedekah jariah dan yg harus adalah bila kita belanjakan untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan.Jadi Allah kekadang menurunkan rezeki terus kpd hambanya,kekadang rezeki hambanya turun menerusi orang lain,yg inilah yg disebut dlm rezeki kita ada rezeki orang.

Zakat harta itu diwajibkan oleh Allah sebagai asas bahawa dlm rezeki kita ada rezeki orang,kita wajib beri.Disini bagaikan Allah nak menunjuk teladan bahawa kita kena berkongsi rezeki.Maka disarankan dlm quran supaya kita bersedekah jariah sebagai amalan sunat.

Jadi rezeki yg kita perolehi ada bahagian yg tidak tetap untuk menjadi rezeki orang melalui sedekah jariah sebagai tukaran kepada ganjaran disisi Allah.

Galakan bersedekah ini Allah tunjukkan sebagai contoh dg bandingan jika kita memangkas pokok,ia akan bertunas lebih banyak cabangnya,jika biji benih ditabur,ia akan tumbuh dan menghasilkan lebih banyak buah dari benih tadi,maka jika rezeki kita dikongsi dlm sedekah jariah,janji Allah ia akan tambahkan lagi rezeki,kerana Allah menjadikan kita sebagai saluran orang lain mendapat rezeki.

Percaya Rezeki Tuhan

Jadi amat bertuah orang yg bersedekah kerana ia mendapat ganjaran pahala dan bila Allah menambah rezekinya,menjadikan dia saluran untuk orang lain dapat rezeki,ganjaran pahalanya berterusan.Jadi,berilah sedekah jariah,moga Allah menyalurkan rezekiNya kpd orang lain,menerusi kita,tetapi jika kita peroleji reseki dan menggenggam rapat,mungkin Allah tidak lagi menyalurkan rezeki orang menerusi kira.

Bila kita membeli,kita juga seperti jalan untuk Allah salurkan rezeki kpd peniaga,sebab itu bila membeli sebaiknya pilihlah yg seagama,jangan terlalu berkira tentang qualiti dan quantiti kerana ada nilai lain yg lebih baik iaitu kita secara tidak langsung membantu dan menyampaikan rezeki kpd peniaga itu.Sebab itu Islam menjadikan jual beli juga sebagai ibadat dg akad serta persetujuan.Ambillah ingatan tentang hal ini bila membeli,kita bagaikan jalan Allah memberi rezeki kpd peniaga.

Jika kita mengupah orang membuat kerja, secara tidak langsung seperti rezeki orang dlm rezeki kita.Bayarlah secara sepatutnya,jangan terlalu berkira,jangan menangguh upah kerana jika ditangguh ibarat kita menangguh rezekinya.Nabi bersabda,lunaskan upahnya sebelum kering peluhnya,membayangkan suruhan disegera bayar upah.Jadi bila menguoah orang bekerja,ingatlah dlm rezeki kita ada rezeki orang,bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk menyalurkan rezeki kpd orang lain.

Jika anda peniaga atau usahawan yg ada pekerja,ingatlah dlm rezeki kita ada rezeki pekerja yg kita bayar gaji.Tunaikanlah secara beramanah,berpatutan,kerana hakikatnya Allah menyalur rezeki pekerja kita menerusi kita sebagai majikan.Kita sebenarnya ibarat ‘menumpang’ rezeki pekerja yg Allah turun menerusi kita,maka ambillah yg patut dan berkongsilah dg pekerja dg memberi gaji yg baik dan bonus bila untung bertambah,moga Allah tambah lagi rezeki kerana kita amanah,kita tidak mengaut semua untung kepada diri kita.Majikan dan pekerja sepatutnya berganding mengait rezeki dari Allah dan berkongsilah.dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, berkongsi rezeki, kongsi rezeki, bayar zakat, bersedekah, berwakaf

Jika kita seorang ketua keluarga,ingatlah rezeki yg kita perokehi bukan rezeki kita seorang terapi juga rezeki anak isteri yg Allah turunkan menerusi kita.Maka sewajarnya dikongsi,bukan dipelahap sendiri.Kita bergaya dg kereta,pakaian hebat,makan sedap-sedap,tetapi anak isteri lebih kurang sahaja.Lebih teruk bapa yg berbelanja rezeki keluarga dg yg haram seperti merokok,kerana setiap sen dari kocek seorang bapa,ada bahagian rezeki anak isteri.Hakikatnya bukan duit abah tapi duit kita sekeluarga yg Allah turunkan dalam bentuk hasil usaha abah.

Allah wajibkan disucikan pendapatan dengan berzakat,sebagai teladan,marilah kita sucikan rezeki ddngan bersedekah jariah.Marilah kita menginsafi dalam rezeki kita,ada rezeki orang.Tunaikanlah dengan sebaiknya dan penuh amanah. Wallahu a’lam – abdghaniharon

DALAM REZEKI KITA ADA HAK UNTUK ORANG LAIN

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: