Dapat Anak Itu Satu Ujian, Tak Dapat Anak Pun Satu Ujian
Masing-masing punya ujian hidup, memang dapat anak itu satu anugerah tetapi betul ke seronok sangat seperti yang digembar gemburkan dilaman sosial?
Atau cuma seronok waktu bergambar sahaja. Selepas itu mak ayah terpekit sana sini juga melayan kerenah anak. Malah kadang sampai anak-anak terbiar tak terjaga sebab sibuk mencari rezeki. Apa lagi nak pantau dengan siapa anak-anak berkawan.
Ingatlah, anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah beri ini jangan lupa tidak hebat juga ujian dariNya. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya. Jadi kita yang belum ada anak mungkin belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ni.
Nak baiki pemikiran kita pasal rezeki anak ini, jemput baca perkongsian saudara Ahmad Fuad ini…
Rezeki Orang Dapat Anak Dan Tak Dapat Anak
Ada orang nak kan anak, tapi dapat Anti phospholipid syndrome (APLS) pulak. Mengandung tak sampai 10 minggu miscarriage. Pernah jumpa pesakit yang dah 13 Kali miscarriage, sampai sekarang tak dapat anak lagi.
Ada orang nak kan anak, mengandung 38 minggu tapi tiba-tiba datang Hospital complaint baby kurang bergerak dah dua Hari. Check jantung baby, fetal heart not seen..IUD (Intrauterine death), terpaksa terima hakikat anak mati dalam kandungan. Insert cervagem 6 Hourly, keluarlah macerated still birth baju dan kelengkapan dah siap beli. Terpaksa bungkus simpan dalam almari semula, si ibu kena post partum depression@ meroyan.
Ada org nak kan anak, tapi bila mengandung banyak pulak masalah. Kencing manis la, darah tinggi la., sawan la. At last pregnancy kena terminate sebab keadaan ibu dalam bahaya.
Ada orang tak nak anak, terbabas dengan boyfriend. Single mother, datang emergency department cakap sakit perut..belum sempat letak di katil..plupppp, terkeluar baby. Melopong mulut ayah yang menghantar, sangkanya anak perempuan dia sakit perut biasa.
Ada orang memang nak kan anak, masa mengandung alhamdulillah uneventful.. Sihat Walafiat. Cukup bulan datang ward sakit nak bersalin, contraction makin kuat..associated with show (darah + lendir). Hantar ke labour room buat ARM (pecahkan air ketuban). Tiba-tiba..cord prolapse. (Tali pusat terkeluar daripada pintu rahim). Nak tak nak kena keluarkan baby melalui Ceserean section. Bacaan jantung baby dah lemah (bawah 110 bpm). Baby born flat, not cry, dapat Hypoxic Ischemic Encephalopathy ( HIE), cord PH 6.9. End up baby hidup tapi OKU sepanjang hayat (cerebral palsy).
Ada orang yang tak pernah fikir pun pasal mengandung. Baru umur 12 tahun, hidup di hujung kampung. Air dan elektrik pun tak ada. Pagi petang main kejar-kejar dengan kawan-kawan, terjun sungai dan main dalam longkang mainan harian. Tiba-tiba mengandung sebab kena rogol dengan ayah sendiri. Lahir anak daripada ayahnya. Dia jadi madu kod ibunya sendiri. Anak dia adalah cucu kepada mak bapak dia. Perghhh… serabut nasab anak.
Setiap orang lain ujiannya… masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..” (QS. Al-Baqarah:286)
Dapat anak pun satu ujian. Tak dapat anak pun satu ujian.
Teruskan positif, Allah Maha Memberi dan Maha Mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak diperlukan oleh hambaNya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Bagi Hakak sendiri sebenarnya setiap hamba Allah tidak lepas dari ujianNya. Apalah sangat ujian tidak dikurniakan anak dari ujian mereka dalam membesarkan anak.
Kalau ada orang cuit emosi kita kita nanti tak ada orang jaga bila dah tua, cuba renungkan umur kita ni sampai ke tua pun tak pasti. Jadi tak payahlah susah hati fikir pasala anak. Ada anak pun belum tentu besar nanti dia nak jaga kita. Kalau Allah dah bagi suami, itu pun dah patut bersyukur sangat. Lain orang, lain ujiannya.
Wallahualam
Sumber: IslamItuIndah