M Karathu

Datuk M. Karathu Pilih JDT Dan Kedah Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017

 

Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam esok akan menjanjikan persaingan sengit berdasarkan prestasi semasa dalam saingan Liga Super yang menyaksikan empat pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Perak, Kedah dan FELDA United berada di kelompok lima teratas ketika ini.

Bekas pemain dan pengendali skuad kebangsaan, Datuk M Karathu berkata, tiada pasukan yang boleh dilabel sebagai pilihan dengan masing-masing memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri.

[AdSense-B]

Bagaimanapun, berdasarkan analisis dan pemerhatiannya sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, juara Liga Super empat musim berturut-turut iaitu Johor DT dan juara bertahan Piala Malaysia, Kedah berpotensi untuk beraksi pada final di Stadium Shah Alam, 4 November depan.

“Sejak dua musim lalu, Johor DT dan Kedah sering memasuki perlawanan akhir liga tempatan dan itu kelebihan terbaik buat dua pasukan itu untuk mengharungi tekanan aksi di separuh akhir.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 asri

“Pada musim lalu, Johor DT muncul juara Piala FA manakala Kedah pula dua kali merasai nikmat final iaitu juara Piala Malaysia musim lalu dan juara Piala FA musim ini.

“Jadi pemain mereka cukup berpengalaman beraksi di saingan ini berbanding Perak dan FELDA yang jarang sampai ke final dalam mana-mana pertandingan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

[AdSense-B]

Perak akan menanti kunjungan skuad Harimau Selatan di Stadium Perak, Ipoh manakala FELDA pula akan menjadi tuan rumah kepada Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam esok.

Aksi timbal balik pula dilangsungkan pada 21 Oktober ini.

“Di peringkat ini, semua pasukan perlu mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh membawa tekanan pada aksi kedua separuh akhir nanti.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 kad merah

“Harus diingat, peraturan gol di tempat lawan juga mampu menjadi penentu. Jadi benteng pertahanan perlu fokus sepanjang aksi bagi memastikan misi untuk mara ke final berjaya,” ujarnya yang pernah membimbing Perak ke final Piala Malaysia pada 2001 sebelum tewas 1-2 kepada Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Leonel Nunez Teruja Dan Gembira Dapat Kembali Ke JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: