1

Dia Belajar Sendiri Bahasa Inggeris, Orang Kampung Panggil Dia Aishah London

SETELAH tahun 2018 melabuhkan tirainya dengan pelbagai kisah menarik, 2019 pula dimulakan dengan video tular seorang murid perempuan yang menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Gelagat Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib ketika dihubungi mStar Online berkata dia sebenarnya turut hairan dan pelik dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak kecil lagi.

“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.

“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London. “Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa pada Khamis.

Jelas bapanya, Aishah begitu teruja untuk memulakan persekolahan. Jelas peniaga berusia 42 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.

Namun, dia yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.

“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.

Tambahnya lagi, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa. “Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.

“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah. “Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.

Foto Aishah bersama keluarganya.

Mengulas mengenai video tular anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.

Malah, video murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram.

“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain. “Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi. Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.

“Bersepah speaking kau nak. Baru darjah 1”

Menerusi perkongsian video di Facebook, snippet berita TV1 ni menunjukkan temubual bersama budak darjah 1 yang SANGAT fasih berbahasa Inggeris. Bukan speaking biasa-biasa tau! Adik ni ada slanga English yang pekat dan tahu apa yang dia nak sampaikan kepada pemberita.

Tengok video ni kat bawah:

Menurut video tersebut, berita ini juga dirakam semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang melawat ke sekolah adik tersebut. Fuh mesti bangga Tun dengar budak tu speaking kan!

“Jangan dengar tang English berhabuk dia tu, tengok tang confident dia bercakap”

Kebijaksanaan adik ini yang petah berbahasa Inggeris membuatkan netizen teruja dan mengakui kelemahan diri ketika dorang masa sekolah rendah dulu. Mana taknya, dulu paling onz pun pandai cakap “Teacher may I go to toilet?” je. Gitewww~

Sumber: Facebook

“Mana tak pandai, masuk sekolah Little Caliph tuuu”

Kalau korang perasan, adik pintar ni ada sebut kat akhir ayat dia yang dia pergi Little Caliph School sebelum masuk ke Darjah 1. Well menurut netizen, inilah mungkin penyebab adik ni petah berbahasa Inggeris.

Sumber: Facebook

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: