Diaz Kembali Ke JDT

Diaz Kembali lagi ke JDT?

Mesti ramai yang tak sangka bila melihat gambar ini kan? Sila lihat tarikh artikel tersebut. Pastinya anda akan kembali ke dunia yang nyata.

Artikel tersebut ditulis oleh Thestar.com.my pada dua tahun lepas apabila JDT memanggil semula Diaz untuk memperkuatkan jentera serangan JDT. Aksi pertama Diaz setelah kembali adalah dengan menentang Ayeyawady United di Stadium Larkin.

Diaz meninggalkan JDT buat kali pertama dan kedua

Diaz menandatangi kontrak satu tahun bersama JDT pada bulan Mei 2015. Dia melakukan penampilan sulung sebagai pemain gantian pada separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang FA. Pada 20 Mei 2014, dia menjaringkan 2 gol untuk membantu kemenangan JDT yang ketinggalan 2-0 dengan keputusan penuh 2-3 menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar.

Pada 14 Mac 2015, dia menandatangi kontrak bersama Santos FC dengan perlawanan terakhir menentang Sarawak FA di Stadium Larkin dengan kemenangan 2-1. Tetapi pada hari ini dua tahun yang lepas dia kembali ke JDT dan meninggalkan JDT buat kali kedua pada penghujung 2016.

Masih menjadi tanda tanya

Adakah Diaz akan kembali? Menurut TMJ semasa borak santai hari itu, Diaz sudah tidak ada dalam perancangan JDT. Namun, terdapat satu post di fanpage JST yang memberikan petanda Diaz akan kembali. Namun post itu telah pun dipadam. Pastinya ramai penyokong yang merindui Diaz melihatkan jentera serangan JDT pada musim ini.

Baca juga: Video: Ulang Tahun Pertama Gol Menarik Azamuddin Akil vs Kaya FC

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: