Suami Mithali Kongsi Rutin Jaga Isteri Berpantang

Dipanggil Suami Mithali, Lelaki Ini Jadi ‘Idola’ Selepas Kongsi Rutin Jaga Isteri Berpantang

Sudah semestinya di bawah tanggungjawab suami juga apabila isteri berpantang selepas bersalin, segala rutin rumah dan penjagaan anak haruslah dibantu. Hal ini kerana, buka semua isteri dapat berpantang bersama ibu sendiri di kampung bukan? Jadi inilah masanya untuk si suami menunjukkan kasih sayang buat isteri.

Menjadi viral di laman Facebook dimana seorang suami ini berkongsikan rutin harian dia menjaga isteri yang kini berpantang selepas bersalin secara caeserian. Memang dipanggil ‘suami mithali’ oleh warganet, rutin yang dijalankan oleh suami ini memang layak diberi pujian!

“SUAMI MITHALI”- KONGSI RUTIN JAGA ISTERI BERPANTANG

Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang. Balik kerja cod barang-barang, tengok baju isteri anak tak smpat basuh lagi, kita tolong basuh, tolong jemur & lipatkan. Tak pandai takpe dik, asal kita buat..salah takpe, kita belajar. Tanya isteri dah makan atau belum, kalau belum..boleh kita hidangkan, makan sama-sama.

Pukul 2-3 pagi normal la kalau tak tidur jaga baby. Masa ni salin pampers pukul 2 pgi(xnak gerak isteri tengah tido)..baby ajak ayah dia main,siang tido,mlm berjaga.

SAMA-SAMA BERTIMBANG RASA

Bukan itu sahaja, sifat bertimbang rasa dan tolong-menolong antara satu sama lain amat penting dalam situasi ini. Hal ini kerana si isteri tidak dapat melaksanakan tugas harian seperti biasa dan tugas ini perlu digalas oleh si suami pula.

Yang ni abang masakkan menu untuk isteri abang berpantang..alhamdulillah, dia suka sangat-sangat..Tak pandai pun masak dik, tapi abang cuba.

Jangan hentak kaki bila balik kerja tengok makanan takda atas meja..tengok keadaan isteri & anak dulu, tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki, ada yang tak sempat isteri buat, anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan, sama-sama bertimbang rasa.

Orang berpantang memang lapar dik..yang ni abang buat menu lain untuk isteri, kukus ikan selayang..ambil isi, campur dengan sawi..isteri pun suka sangat.

Bukan takut isteri dik, tapi kita hormat diorang..kerana isteri & anak-anak adalah rezeki kita. Isteri saya berpantang czer, saya memang tak bagi dia buat kerja. Suruh berehat banyak-banyak,lain orang lain situasi, tak sama macam abang jugak dik. Ada orang keluar gelap, balik gelap untuk cari rezeki, abang alhamdulillah setakat boleh buat abang buat.

Masa ni baby kuning..seminggu ulang alik klinik, saya bagi isteri tunggu dalam kereta sahaja..saya bawak baby pergi check jumpa doktor, alhamdulillah..sekarang baby dah ok.

Tak kaya takpe dik, asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita..abang ada niaga sikit-sikit,boleh tengok fb abang.

Sumber: Baharin Zakaria

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: