Duit Simpanan Hilang

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank Dipercayai Taktik Kad Klon

Lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank yang dikatakan semakin kerap berlaku. Terbaru seorang pengguna Facebook turut berkongsi tentang kehilangan sejumlah wang dalam akaun simpanan miliknya sebanyak RM4K tanpa tahu ke mana ia dibelanjakan dan berkemungkinan kad bank diklonkan.

Terdahulu, kes yang sama terjadi kepada seorang wanita apabila duit simpanan hilang dan berkurang yang didapati dipotong untuk satu pembayaran perkhidmatan penghantaran makanan yang bertempat di negara jiran. Manakala kes terbaru yang dihadapi Puan Afy AL Habibi ini seakan sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan iaitu berkaitan kad klon.

Kad bank juga boleh diklonkan tanpa kita sedari, hati-hati semua.
Menurut wanita ini, jumlah terkini simpanannya berbaki sebanyak RM97 sahaja dan beberapa transaksi telah dibuat yang mana beliau sendiri tidak tahu apakah transaksi tersebut serta duit tersebut dikeluarkan dan juga turut dimasukkan semula ke akaun miliknya.

Duit Simpanan Hilang Dalam Akaun Bank

RM4000 CIMB Hilang Berdesup

Menangis tak berlagu.

Pada 2/3/2019 Jumlah duit hilang keseluruhan RM 4000.

RM97 saja tinggal baki yang ada. Terjadi lagi kepada cikgu sendiri untuk kes kali kedua. Yang pertama akhir bulan 12, tahun lepas. Kes hampir sama dengan bank BSN. Hilang RM1000 tanpa buat apa-apa pengeluaran. Mujurnya dapat duit semula sebulan selepas rujuk pihak sana sini.

Hari ini, berderau darah lagi sekali. RM4000 hilang sekelip mata. Allahu. Sama-sama pandang kosong dengan suami. Suruh adik lelaki cikgu semak penyata online banking. Dia agak tahu .

Ikut penyata, semua keluar melalui ATM Card. Sedangkan tarikh akhir cikgu buat pengeluaran guna kad pada 25/2/2019. Sama ada kad bank cikgu kena klon masa kad dicucuk di mesin ATM waktu ni.

Mula 1/3/2019

Sudah ada kes tempat masuk kad dipasang satu device yang sama. Macam asal tujuan untuk baca data dan kamera di atas. Celah papan nombor untuk baca nombor pin. Akhirnya, ikut taktik licik habis duit hilang.

Hampa sangat. Kes pertama cikgu diamkan tak nak heboh cerita. Ingat kes biasa. Bila terjadi lagi kali kedua dengan bank lain pula, cikgu terpanggil nak kongsi sebagai peringatan bersama. Kena ambik tahu baki duit semasa dalam bank dan sentiasa semak penyata keluar masuk duit sendiri.

Semua pengeluaran wang dibuat dari ATM.

Cikgu masih berharap. Bukan kad bank kena klon. Mungkin sistem bank yang bermasalah. Walaupun dah tahu jalan cerita hampir sama dengan kejadian pertama. Kena menunggu lagi. Itu pun kalau rezeki masih ada. Mohon semua doakan cikgu dan urusan cikgu dipermudahkan.

Cc: Kawan cikgu yang ada pengalaman boleh kongsi pendapat atau cerita ye. Cikgu nak tahu sangat kalau ada kes sama dengan duit simpanan hilang.

Jadi, kepada semua yang menyimpan duit melalui akaun bank haruslah sentiasa peka dan tahu tentang duit yang keluar atau masuk serta semua transaksi yang anda lakukan perlu diteliti supaya tiada lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank. Jangan bila dah berlaku baru nak menyesal. Semoga bermanfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: