Elak Stress

Percaya Tak Untuk Elak Stres, Manusia Perlu 1 Hari Malas Dalam Seminggu

Rasa malas adalah sesuatu yang dimiliki oleh semua orang, mulai dari yang agak malas hingga yang sangat malas. Namun beberapa orang punya tingkat kemalasan yang luar biasa dan sering membuat orang lain geram.

Sebahagian besar dari kita menganggap kemalasan adalah sesuatu yang buruk. Tapi, bagaimana jika sebenarnya kemalasan bukanlah sesuatu yang buruk. Bagaimana jika kemalasan itu sebenarnya boleh membantu seseorang menjadi lebih sukses. Bagaimana mungkin?

Saya yakin sebahagian besar pembaca akan merasa pelik dengan kenyataan ini. Sebenarnya, ada banyak sekali orang malas yang sukses dalam hidupnya. Bahkan mereka sangat berjaya (saya sebut mereka kerana pemalas yang sukses ada sangat ramai). Ketika masih bersekolah, orang tua dan guru bersusah payah untuk mendidik dan mengajari si pemalas untuk menulis dan matematik.

Namun, si pemalas lebih sering tertidur saat proses belajar-mengajar. Mereka lebih suka memancing atau kegiatan berolahraga. Dan ketika mereka sambung belajar di universiti, biasanya orang malas menghabiskan waktunya di tempat hiburan. Bila mereka mengambil kelas sains, kemungkinan besar mereka akan cepat lulus.

Orang malas biasanya sangat kreatif ketika mengatur pekerjaan. Mereka suka to the point dan tidak mahu membuang waktu untuk sesuatu yang tidak penting. Seorang karyawan yang malas selalu mencari cara untuk membuat pekerjaannya berjalan secara automatik kerana mereka sangat tidak suka pekerjaan yang berulang.

Salah satu hal menarik dari orang malas adalah mereka selalu membuat hidupnya lebih mudah. Mereka tidak mahu menggali tanah dengan cangkul, mereka menciptakan mesin untuk menggali. Mereka terlalu malas untuk pembersihan yang memerlukan waktu, mereka menciptakan penyedut debu. Mungkin saja penemuan-penemuan besar di abad ini diciptakan oleh para pemalas itu.

Jangan risau bila anda rasa malas kerana malas boleh mengurangkan stres. Faktanya, tidak semua orang boleh sentiasa rajin sepanjang masa kerana sikap malas itu sememangnya wujud dalam diri setiap manusia.

Memetik laporan Journal of Proceedings of the Royal Society B: Biological Science, hari malas seminggu sekali dilaporkan boleh memberikan anda tubuh badan yang lebih sihat!

Sumber gambar: yourstory.com

Salah seorang penyelidik di University of Kansas Biodiversity Institute and Natural History Museum, Luke Strotz menjelaskan mereka yang mempunyai ‘energy maintenance’ (orang yang menggunakan tenaga secara optimum), mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi.

Malah, daripada kajian tersebut juga menunjukkan, manusia perlu sekurangnya 1 hari malas seminggu untuk mengelakkan stres, tekanan darah tinggi dan juga strok.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: