Kematian 696×400

Anak Muda Sila Ambil Tahu Faedah Join Khairat Kem4tian, Kos Pengkebumian Cecah RM1450

Sila bayangkan situasi ini. Lima sekeluarga m4ut akibat kem4langan jalan raya. Kos menguruskan jen4zah lebih kurang RM1500 bagi seorang. Jika didarab lima orang sekaligus, jumlah dikeluarkan pada hari itu sahaja mencecah RM7500.

Dalam keadaan musibah dan kesedihan, bukan semua orang sentiasa ada duit dalam simpanan yang boleh diberikan sekaligus. Apa nak buat dan mana nak cari duit? Ya, saudara mara membantu, seorang sedikit tapi itu kalau saudara mara berharta.

Anak muda, kos pengurusan jen4zah bukan murah lagi hari ini. Sesetengahnya mengikut lokasi dan mungkin ada lebih mahal dari dinyatakan. Tapi semua masalah ini boleh diringankan jika kita cakna dengan join KHAIRAT KEM4TIAN.

Kami bawakan isu betapa pentingnya kita cakna tentang soal khairat kem4tian yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian anak muda hari ini. Bagi mereka isu ini tidak berapa penting tetapi kem4tian boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita tahu masanya.

Kami sempat menemuramah Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah, Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Samat, 34 tahun mengenai isu ini.

Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah, Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Samat

Menurut Ustaz Mohd Shahril, di Masjid Jamek Al Khadijiah, sistem pengurusan jen4zah mereka dianggap antara yang terbaik sehingga menjadi ikutan bagi masjid lain.

Kita memperkenalkan skim khairat kem4tian RM50 setahun bagi seisi keluarga. Jika satu keluarga itu ahlinya 10 orang, maka 10 individu itu akan diberi keahlian mereka dan andai berlaku kem4tian, semuanya kita akan uruskan.

“Biasanya kita akan uruskan jen4zah bermula dari hospital, bawa ke masjid, mandi, kafan, solat dan urusan kuburnya. Pendek kata dari A-Z, pihak masjid akan uruskan,”katanya memaklumkan kos lain iaitu pengangkutan akan dikenakan jika ahli kariah meminta jen4zah dibawa pulang ke kampung halaman (luar dari tempat tinggal kariah).

Menurut Ustaz Shahril, pihak masjid mengenakan RM1 bagi 1 kilometer perjalanan.

“Sebagai contoh, ada ahli kariah meningg4l di Kuala Lumpur dan mahu dibawa pulang ke Perlis. Kita akan kenakan charge bagi 600 KM sahaja di mana ia akan didarab 3 iaitu RM1800 meliputi perkhidmatan van jen4zah, bayaran pemandu selain minyak dan tol. Selebihnya pihak masjid akan tampung menggunakan tabung yang dibentuk,”katanya memaklumkan, kos pengurusan jenaz4h hari ini bukan murah dan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri.

Isu kubur yang semakin penuh. Hari ini kos pengk3bumian yang jumlahnya bukan sedikit memerlukan satu keluarga mendaftarkan melalui Skim Khairat Kem4tian kerana ianya tidak terlalu mahal.

Mahu ajak anak muda

Pun begitu, jelas Ustaz Shahril, dia mahu mengajak anak muda yang sudah berkeluarga tetapi masih tinggal di rumah keluarga untuk menyertai skim khairat kem4tian bagi ahli keluarga mereka sendiri.

“Dengan kos RM50 setahun, diandaikan dia membayar bagi tempoh 10 tahun di mana jumlahnya mencecah RM500 sahaja. Kalau berlaku kem4tian, jumlah yang dikeluarkan oleh pihak masjid sudah berganda lebih dari itu. Jika sebelum itu mereka menjadi ahli kerana kos dibayar oleh bapa mereka tetapi apabila mereka berkeluarga, tentu mereka mahu melindungi anak isteri mereka juga.

“Bagi saya, ahli-ahli kariah di Pantai Dalam patut merebut peluang ini kerana dengan kadar yang fleksibel dan agak murah bagi seisi keluarga, manfaat ini perlu diambil oleh ahli kariah kerana kem4tian boleh terjadi bila-bila masa,”katanya yang mengakui pihak masjid sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya kem4tian secara mengejut dan mereka tidak ada duit.

Kongsi Ustaz Shahril, pernah ada ahli kariah bertemunya dan berkata dia hanya mempunyai RM1000 sahaja untuk urusan pengk3bumian bapanya. “Saya kata boleh dan selebihnya biar tabungan masjid uruskan. Malah ada kalangan anak kariah yang tidak punya apa pun dan kita bantu kerana ia fardu kifayah yang dituntut,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan pihak masjid biasanya menguruskan tidak kurang 15 jen4zah sebulan bagi kariah Pantai Dalam ini.

Bagaimana pun jelas Ustaz Shahril, tiada paksaan dalam mengambil khairat kem4tian ini namun kesedaran kepada anak muda harus diberi penekanan betapa pentingnya mereka tahu dan ambil peluang ini kerana kosnya amat murah itu RM50 setahun bagi seisi keluarga.

Tambah Ustaz Shahril, banyak program-program dirangka pihak masjid termasuk program Jom Daftar sebagai ahli Khairat Kem4tian kepada anak muda. Masa yang sama, jelasnya pihak masjid banyak membuat program iaitu Khairat Kehidupan.

“Kita sedang merancang Skim Khairat Kehidupan. Jika Skim Khairat Kem4tian RM50 setahun, bagi Skim Khairat Kehidupan ini hanya RM100 setahun. Pihak masjid merancang mengadakan kenduri cukur jambul perdana bagi bayi baru lahir, majlis khatan percuma, tuisyen free, kalau cemerlang kita beri anugerah termasuk kita akan bayarkan yuran kemasukan ke IPTA kalau keluarganya berdaftar dengan skim kita lancarkan itu.

“Banyak lagi kita buat seperti bantu asnaf, bantu OKU, bantu ibu tunggal dan lain lagi. Kita juga mahu tubuhkan Sahabat PPUM Skuad Rahmatanlilaamin dengan menziarahi orang susah dan sakit di hospital kerana kita mahu memakmurkan masjid dengan anak muda,” katanya ketika ditemui.

Masa yang sama, kita juga lancarkan Tabung Abdul Rahman Auf iaitu bagi program bina tangga kubur dan lain-lain lagi bagi golongan kaya yang mahu membantu golongan susah. “Semua ini kita buat kerana mahu masjid dilihat sebagai tempat penuh rahmat dan disukai ramai,”jelasnya lagi.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: