Fakta Menarik Jdt

Fakta-Fakta Menarik JDT Bagi Musim 2016

Kami himpunkan semua fakta-fakta menarik JDT yang tercipta untuk pertandingan dalam peringkat domestik dan juga Asia bagi musim 2016. Kita pasti bangga dengan JDT kerana menempuhi tahun 2016 dengan cemerlang.

Fakta-Fakta Menarik Mengenai JDT

• Menjadi pasukan pertama tanah air melakar sejarah selaku pasukan yang memenangi Liga Super Malaysia tiga tahun berturut-turut iaitu untuk tahun 2014, 2015 dan 2016.
• Menjuarai Piala FA musim ini sekaligus melayakkan diri lebih awal dalam slot Piala AFC 2017. Penyerang, Jorge Pereyra Diaz pula dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan juga Penjaring Terbanyak Kejohanan.
• Menamatkan saingan Piala AFC 2016 di peringkat separuh akhir, menjadikan JDT satu-satunya pasukan tanah air yang pernah berada di peringkat tersebut dan menariknya ia adalah kali kedua berturut-turut.

[AdSense-B]

• DYAM Tunku Mahkota Johor menerima jemputan untuk berucap dalam persidangan World Football Summit di Sepanyol sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam mencetus kejayaan demi kejayaan Kelab Bolasepak JDT.
• JDT mencipta sejarah terbaru Liga Super Malaysia 2016 apabila mencatat rekod tidak ditewaskan sepanjang musim dan merupakan satu-satunya pasukan tanah air yang berjaya melakukan rekod sedemikian setakat ini.

fakta-fakta menarik jdt

Lagi Fakta-Fakta Menarik Mengenai JDT

• JDT satu-satunya wakil tunggal dari Asia Timur yang memenangi Piala AFC sejak pertandingan tersebut diadakan dan masih mengekalkan rekod tersebut sehingga kini.
• JDT mencatatkan 33 kemenangan, 11 seri dan 3 tewas dalam 47 perlawanan sepanjang musim 2016.
• JDT merangkul Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super Malaysia serta menamatkan saingan Piala AFC pada peringkat separuh akhir untuk musim 2016.
• JDT mencipta jumlah jaringan yang besar sepanjang musim iaitu 119 gol dan hanya bolos 41 gol sahaja untuk kesemua perlawanan sepanjang musim 2016.
• JDT berjaya mengekalkan rekod tanpa tewas dalam kesemua perlawanan Liga Super sekaligus mencatat rekod selaku pasukan pertama tanahair melakukannya.

fakta-fakta menarik jdt

Fakta-Fakta Menarik JDT Dalam Saingan Piala AFC

• Bermula saingan Piala AFC 2016, JDT telah mencatatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah dengan 8 menang dan 2 seri setakat ini.
• Merupakan pasukan yang memiliki jaringan paling tinggi antara semua pasukan yang bertanding iaitu dengan jumlah 32 gol.
• Purata jaringan yang dihasilkan setakat ini oleh pemain-pemain JDT adalah 3.2 gol untuk setiap perlawanan.
• Safiq Rahim mendahului senarai penjaring JDT dengan rekod jaringan 7 gol diikuti Martin Lucero (6 gol) dan Jorge Pereyra Diaz (6 gol). Safiq juga adalah penjaring ketiga terbanyak Piala AFC.
• Daripada jumlah keseluruhan 32 gol JDT, 15 dijaringkan oleh pemain penyerang, 13 dijaringkan oleh pemain tengah dan baki 4 oleh pemain pertahanan.

fakta-fakta menarik jdt

Fakta-Fakta Menarik JDT Mengenai Penjaring Gol

• Tiga pemain JDT iaitu Safiq Rahim, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero memiliki rekod menjaringkan gol hatrik pada musim ini. Menariknya, Lucero telah menjaringkan dua kali gol hatrik iaitu sewaktu perlawanan menentang Kaya FC dan T-Team.
• Jorge Pereyra Diaz melakar rekod peribadi dengan menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak JDT, penjaring terbanyak Piala FA dan dalam pemburuan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.

[AdSense-B]

• Jumlah gol keseluruhan perlawanan musim ini adalah sebanyak 116 gol. Purata 2.57 gol dijaringkan dalam satu perlawanan berdasarkan jumlah keseluruhan 45 perlawanan setakat ini.
• Seramai 12 pemain JDT telah menjaringkan gol dalam perlawanan Piala AFC musim ini. Jumlah tersebut merupakan yang terbanyak dalam satu pasukan yang bertanding dan tiga daripada pemain juga tersenarai dalam 10 penjaring terbanyak.
• Separuh daripada jumlah keseluruhan gol telah dijaringkan dalam perlawanan Liga Super Malaysia iaitu sebanyak 54 gol manakala untuk Piala AFC sebanyak 32 gol. Sebanyak 21 gol pula dijaringkan pada perlawanan Piala FA dan 9 gol pada Piala Malaysia.

fakta-fakta menarik jdt

Baca juga: Piala ACL 2017: Undian Rasmi Peringkat Kumpulan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: