Fazly Mazlan Happy Birthday

Fazly Mazlan, Permata Selatan yang sedang bersinar

Fazly Mazlan dilahirkan di Muar, Johor pada 22 Disember 1993. Bermula dengan mewakili skuad belia negeri Johor bawah 17 tahun dan seterusnya bawah 19 tahun, dia kemudianya diserap masuk ke dalam skuad presiden Johor pada tahun 2011.

Fazly Mazlan bersama JDT

Pada tahun 2012, dia berjaya mendapat tempat sebagai pemain Johor FA di bawah kendalian jurulatih Azmi Mohamed yang mana telah banyk mengetengahkan bakat dan kariernya bersama pasukan tersebut.

Fazly Mazlan JDT defender pertahanan

Menjelang penghujung musim 2013, dia diberi peluang menyertai pasukan utama JDT FC. Penampilan sulungnya dalam Liga Super Malaysia adalah ketika menentang Perak FA pda 18 Januari 2014.

[AdSense-B]

Potensi yg ada padanya telah memikat hati pengendali JDT ketika itu, Cesar Jiminez untuk membariskannya dalam kesebelasan utama. Coach Jiminez menukar posisi Fazly dari midfield kiri ke pertahanan kiri.

Gol pertama yang merupakan gol kemenangan

Antara penampilannya yang paling diingati ialah ketika JDT menentang Kelantan pada 25 Mac 2014 di Kota Bharu yang mana dia telah menjaringkan gol kedua untuk JDT pada minit ke-88. Gol tersebut juga merupakan gol pertamanya bersama JDT dan juga gol kemenangan keatas Kelantan. Boleh tonton video dibawah pada minit 1.09.

Di bawah bimbingan Bojan Hodak, dia agak kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama sehingga kemudiannya dipinjamkan kepada JDT II. Selepas 4 bulan bersama JDT II, dia dibawa kembali menyertai JDT oleh jurulatih baru, Mario Gomez.

Pada awalnya sebagai pemain gantian, Fazly menjadi pilihan utama Gomez untuk menggalas tanggungjawab mengemudi pertahanan kiri pasukan JDT selepas ketiadaan Asraruddin Putra Omar akibat kecederaan lutut.

Fazly Mazlan meraikan gol ketiga JDT ketika menentang Sarawak pada 20 April 2016. Gol ini merupakan gol peribadi kedua bersama JDT.

Fazly Mazlan meraikan gol ketiga JDT ketika menentang Sarawak pada 20 April 2016. Gol ini merupakan gol peribadi kedua bersama JDT.

Rekod kejuaraan Fazly Mazlan bersama JDT

Dalam usia 23 tahun, dengan rekod kemenangan hatrik Liga Super beserta Juara Piala AFC 2015 dalam genggaman bersama pasukan, ditambah pula kejayaan mejuarai Piala FA 2016, merupakan pencapaian yang begitu cemerlang bagi pemain muda sepertinya.

[AdSense-B]

Nama Fazly Mazlan kini semakin menjadi sebutan sebagai antara pertahanan kiri muda yang kental dalam kancah Liga Malaysia. Bagi kami, Fazly sepatutnya layak berada dalam lima pemain pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016. Fourfourtwo pun menyatakan perkata yang sama.

fazly mazlan jdt best defender

Bersama Harimau Malaya

Fazly membuat penampilan pertama dengan skuad Malaysia ketika kekalahan 6-0 dengan Palestin pada 12 Nov 2015 dengan mengantikan Nazirul Naim pada minit ke-61. Fazly berada dalam kesebelasan utama ketika menentang UAE dengan keputusan 1-2.

Fazly Mazlan aset berharga harimau Malaya

Prestasi yang konsisten ketika menentang Timor Leste membuatkan coach Ong Kim Swee mengatakan Fazly merupakan aset yang berharga untuk Harimau Malaya. Namun, selepas perlawanan menentang Timor Leste, Fazly terus tidak dipanggil.

[AdSense-B]

Selamat hari lahir

Dengan ini, kami warga semuanyajdt.com, mengucapkan selamat hari ulangtahun hari kelahiran buat Fazly Mazlan. Semoga permata ini akan terus menyinar untuk JDT seiring dengan pertambahan usianya.

Sumber dan diolah dari: Johor Football Channel

Baca juga: Fakta-Fakta Menarik JDT Bagi Musim 2016

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: